Cikgu Maryam Nabilah meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu lori tidak cedera.
Cikgu Maryam Nabilah meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu lori tidak cedera.

Guru prasekolah SK Bukit Serok maut kereta bertembung lori

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
11 Apr 2025 11:32am

Seorang guru prasekolah dari Sekolah Kebangsaan Bukit Serok, Muadzam Shah, Pahang, Maryam Nabilah Muzammil maut selepas kereta Perodua Bezza yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori muatan biji sawit di Kilometer 104, Jalan Kuantan-Segamat berhampiran Ladang Teh Dara pada Rabu.

Menurut Ketua Polis Daerah Rompin, Superintenden Sharif Shai Sharif Mandoi, pihaknya menerima maklumat berhubung kemalangan itu pada pukul 2.30 petang dan siasatan awal mendapati kereta mangsa dipandu dari arah Segamat menghala Muadzam Shah.

"Apabila tiba di tempat kejadian, mangsa dipercayai masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan lori muatan sawit.

"Mangsa meninggal dunia manakala pemandu lori tidak cedera," katanya dalam satu kenyataan.

No Image Caption

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Muadzam Shah untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, tujuh anggota Balai Bomba dan Penyelamat Muadzam Shah bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan pada 2.14 petang.

No Image Caption

Artikel Berkaitan:

"Anggota bomba telah mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan penyelamat dan mayatnya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," kata Zulfadli seperti dipetik dalam portal tempatan.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp