Kemalangan di Batu 15 Jalan Apas, Tawau mengorbankan Muhammad Zikrull. Foto: Ihsan PDRM.
Kemalangan di Batu 15 Jalan Apas, Tawau mengorbankan Muhammad Zikrull. Foto: Ihsan PDRM.

Pelajar maut dalam kemalangan. 'Muhammad Zikrull tak sempat ambil keputusan SPM...'

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
13 Apr 2025 11:07pm

Seorang pelajar yang sedang menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Muhammad Zikrull Abdullah, 18, maut dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan pikap di Batu 15 Jalan Apas, Tawau, Sabah petang tadi.

Ketika kejadian kira-kira jam 3 petang itu, mangsa menunggang motosikal dan dalam perjalanan dari perumahan dekat Ranggu, di sini menuju Semporna.

Manakala pikap yang dipandu lelaki berusia 51 tahun dari ladang ternakan ayam di Quion Hill menuju Kampung Kinabutan.

Menurut Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin, nahas berlaku apabila pemandu pikap keluar dari simpang Jalan Quion Hill lalu masuk ke lorong kanan untuk membuat pusingan 'U' sebelum dirempuh motosikal.

"Akibat kemalangan itu, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala pemandu pikap tidak mengalami kecederaan," katanya menerusi kenyataan.

Menurut Jasmin, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan saksi melihat kejadian diminta tampil untuk membantu siasatan.

Artikel Berkaitan:

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp