Suar il Rab adalah sejenis alat yang menggunakan kaedah latih tubi dan teknik membaca seperti kad imbasan. Ia bermodalkan lampu suluh, kotak dan plastik lutsinar.
Suar il Rab adalah sejenis alat yang menggunakan kaedah latih tubi dan teknik membaca seperti kad imbasan. Ia bermodalkan lampu suluh, kotak dan plastik lutsinar.

Inovasi Suar il Rab bantu murid kuasai Bahasa Arab

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
28 Dec 2023 02:22pm

Dua guru dari Sekolah Kebangsaan (SK) Pasukan Polis Hutan, Ulu Kinta, Perak mengambil inisiatif tersendiri dalam menarik perhatian murid meminati mata pelajaran Bahasa Arab.

Guru berkenaan iaitu Ustaz Quszaini Abd Manan dan Ustaz Mohd Amzari Zharfan Amran membangunkan inovasi Suar il Rab untuk meningkatkan kemahiran murid dalam membentuk huruf, menulis perkataan, mengeja dan membaca bagi subjek Bahasa Arab.

Menurut Ustaz Quszaini, Suar il Rab adalah sejenis alat yang menggunakan kaedah latih tubi dan teknik membaca seperti kad imbasan.

“Alatan ini hanya bermodalkan lampu suluh, kotak dan plastik lutsinar. Yang pasti, inovasi ini telah berjaya menarik murid menguasai dan meminati Bahasa Arab,” katanya kepada Sinar Bestari.

Mengulas lanjut, beliau berkata, terdapat peningkatan dalam akademik murid-murid selepas kaedah Suar il Rab diperkenalkan.

“Saya dan Ustaz Mohd Amzari begitu gembira apabila mereka telah menguasai Bahasa Arab dengan kaedah ini.

“Segala perit jerih menjadi pendidik akhirnya terbayar dengan melihat murid-murid memahami subjek ini secara berperingkat,” jelasnya.

No Image Caption

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, dua murid SK Pasukan Polis Hutan mengakui produk yang dibangunkan guru-guru mereka begitu menarik dan luar biasa sekali.

Nur Amani Shakiashahmina Shafie berkata, dia sangat seronok menggunakan alat Suar il Rab kerana dapat membantu dirinya menguasai Bahasa Arab.

Manakala Mohamad Aizil Zhafri Suhaimi iaitu murid dari Perkampungan Orang Asli Chadak memberitahu, kaedah diperkenalkan itu memberi impak positif apabila dia berupaya menguasai huruf dalam Bahasa Arab sekali gus membezakan antara ha, kho, shod dan dhod.

Dalam pada itu, pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Madya Dr Faiz Yaakob berkata, inovasi tersebut memberi peluang mudah kepada guru dalam membantu murid menguasai Bahasa Arab tanpa melalui kos yang mahal.

No Image Caption

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp