Umayal (duduk, tengah) bersama para sukarelawan, guru, ibu bapa dan murid pada Hari Tahunan Sekolah Taarana di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Umayal (duduk, tengah) bersama para sukarelawan, guru, ibu bapa dan murid pada Hari Tahunan Sekolah Taarana di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Jangan sembunyikan anak OKU - RYTHM

ROSHLAWATY MD RAIEH
30 Nov 2023 10:28am
A
A
A

“Jangan sesekali sembunyikan anak-anak yang dilahirkan sebagai orang kurang upaya (OKU).

“Mereka juga berhak menikmati hidup seperti kanak-kanak normal,” demikian kata Pengerusi Yayasan Raise Yourself to Help Mankind (RYTHM), Datin Seri Umayal Eswaran.

Berkongsi pandangan sejurus berakhirnya Hari Tahunan Sekolah Taarana di Kuala Lumpur pada Sabtu, Umayal berkata, menyembunyikan status anak boleh menjejaskan perkembangan kanak-kanak itu kelak.

"Perkara pertama sebagai ibu bapa dan masyarakat, tidak boleh diabaikan mereka (anak-anak OKU), sebaliknya perlu menerima kewujudan golongan berkenaan.

"Setelah itu, barulah kita boleh meneruskan apa yang perlu dilakukan seperti menyebarkan kesedaran kepada orang ramai mengenai kanak-kanak OKU di Malaysia,” ujarnya.

Sebahagian murid dan guru mengadakan persembahan ketika berlangsungnya Hari Tahunan Sekolah Taarana.
Sebahagian murid dan guru mengadakan persembahan ketika berlangsungnya Hari Tahunan Sekolah Taarana.

Selain Umayal, hadir sama pada Hari Tahunan Sekolah Taarana ialah Pengerusi Eksekutif dan Pengasas Kumpulan QI, Datuk Sri Vijay Eswaran; Ketua Yayasan RYTHM, Santhi Periasamy; Pengetua Sekolah Taarana, Dr Sunitha Sivakumaran; wakil eksekutif Kumpulan QI seluruh negara, ibu bapa dan penjaga.

Umayal berkata, terdapat banyak sekolah keperluan khas diwujudkan untuk kanak-kanak OKU dan ibu bapa mempunyai pilihan menghantar anak ke sekolah itu agar mereka dibimbing oleh tenaga pengajar yang pakar serta bertauliah.

Artikel Berkaitan:

“Selain anak-anak yang dibimbing, ibu bapa juga akan mendapat kaedah yang betul bagaimana menghadapi tumbesaran anak masing-masing.

Umayal (lima dari kanan) bersama sebahagian krew yang terlibat secara langsung sempena penganjuran Hari Tahunan Sekolah Taarana.
Umayal (lima dari kanan) bersama sebahagian krew yang terlibat secara langsung sempena penganjuran Hari Tahunan Sekolah Taarana.

“Justeru, banyak pendedahan dan kebaikan jika anak-anak istimewa ini dapat belajar di sekolah yang dikhususkan kepada mereka,” ujarnya.

Untuk rekod, Hari Tahunan Sekolah Taarana menyaksikan seramai 25 murid membuat persembahan yang bukan sahaja mempamerkan bakat semata-mata tetapi memupuk perkembangan kreativiti kanak-kanak OKU.

INFO

Sekolah Taarana terletak di Petaling Jaya, Selangor ditubuhkan pada tahun 2011 di bawah Yayasan RHYTHM.

Ia berfungsi memperkasa murid yang menghadapi masalah dengan kurikulum sekolah biasa disebabkan perkembangan akademik, sosial dan penyesuaian mereka yang perlahan.

Sekolah Taarana menawarkan terapi seperti pertuturan, tarian, pergerakan, yoga, pekerjaan dan tingkah laku kepada kanak-kanak yang belajar di sekolah tersebut.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok