Tangkap layar hantaran yang dimuat naik di aplikasi X Twitter.
Tangkap layar hantaran yang dimuat naik di aplikasi X Twitter.

Juara bola sepak Sabah bawah 18 tahun tidak berpeluang sertai MSSM kerana faktor kewangan

AZLEENDA SAHALUDINAZLEENDA SAHALUDIN
17 Aug 2023 05:05pm

Penganjuran sukan di peringkat sekolah bukan sahaja penting dalam menjaga aspek kesihatan murid tetapi ia juga bertindak sebagai platform pencarian pelapis baharu untuk sukan negara.

Ia dilihat sebagai salah satu usaha untuk mencungkil serta menggilap bakat setiap murid dalam bidang permainan dan sukan yang diminati mereka.

Justeru, terdapat pelbagai peringkat sukan bermula daripada kategori sekolah sehingga kebangsaan seperti Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) dan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) yang dianjurkan sebagai usaha menggalakkan penglibatan murid sekali gus mencari bakat baharu dalam bidang sukan.

Namun, lain pula ceritanya yang berlakunya di Sabah apabila dikhabarkan pasukan bola sepak bawah 18 dan 15 tahun tidak dapat menyertai MSSM disebabkan faktor kewangan.

Tangkap layar hantaran yang dimuat naik di aplikasi X Twitter.
Tangkap layar hantaran yang dimuat naik di aplikasi X Twitter.

Menurut perkongsian Fazri Hassan di aplikasi X Twitter, perkara itu merupakan episod duka bagi murid Sabah yang tidak dapat menyertai MSSM kerana Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) tidak menghantar pasukan itu disebabkan masalah bajet.

“Episod duka lara murid Sabah. Jika berterusan begini, maka matilah pembangunan sukan di Sabah.

Artikel Berkaitan:

“Semoga pihak Kementerian Pendidikan (KPM) dapat memberi dana lebih untuk JPN Sabah,” ujarnya.

Melalui perkongsian itu juga, Fazri Hassan turut memuat naik tangkap layar yang dikongsi di laman Facebook seorang guru yang menyatakan rasa sedih atas perkara berkenaan.

“Keningau juara bagi kategori bawah 18 tahun. Namun jurulatih dan pasukan tidak dapat ke MSSM sebab masalah kekangan kewangan JPN.

“Kos penerbangan ke Johor, kos makan minum dan kos pengangkutan dianggarkan dalam RM30 hingga RM40 ribu. Kasihan jurulatih dan pelajar yang tidak dapat pergi.

“Terus rasa ‘down’, tiada guna juara di negeri. Tiada guna buat program di peringkat daerah. Kecewa, sedih dan marah,” katanya seperti dipetik perkongsian tersebut.

Dengan perkongsian daripada Fazri Hassan ini diharap dapat membuka mata mereka yang terlibat bahawa isu ini amat penting untuk diketengahkan kepada pihak atasan agar nasib murid dari Sabah atau Sarawak dapat diperjuangkan.

Mereka adalah juara negeri dan untuk itu mereka juga layak untuk bersaing di peringkat MSSM sama seperti pelajar-pelajar dari negeri di Semenanjung.

Bak kata slogan, ‘Majulah Sukan Untuk Negara’.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp