Sufi Iman mencuba sepasang kasut Adidas yang diberikan kepadanya. Difahamkan, kasut itu bukan kasut biasa ia adalah kasut kesayangan Cikgu Akram sendiri.
Sufi Iman mencuba sepasang kasut Adidas yang diberikan kepadanya. Difahamkan, kasut itu bukan kasut biasa ia adalah kasut kesayangan Cikgu Akram sendiri.

Kasut kesayangan Cikgu Akram, hadiah ikhlas buat Sufi Iman! Warga maya sebak

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
21 Jan 2026 03:37pm

Keikhlasan seorang guru menjadi perhatian warga maya apabila video yang dikongsinya menerusi akaun Threads @i_Akram tular dan mencuri perhatian ramai.

Kisah ringkas melibatkan seorang pelajar bernama Sufi Iman itu bukan sahaja menyentuh emosi, malah membuka mata tentang makna sebenar kasih seorang pendidik.

Dalam video berkenaan, Cikgu Akram dilihat memanggil anak didiknya ketika sesi pembelajaran sedang berlangsung.

"Sufi…Sufi Iman mana. Lama saya tengok tak pakai kasut (sekolah) pasaipa," tegurnya lembut.

Jawapan yang diterima cukup sederhana, namun menikam perasaan.

"Kasut tak ada," jujur Sufi Iman memberitahu.

Tanpa meninggikan suara, tanpa memalukan pelajar di hadapan rakan sekelas, Cikgu Akram terus bertanya dengan penuh empati.

"Tak ada duit nak beli? Hang pakai kasut saiz apa?

Apabila Sufi Iman menjawab saiz 41 atau UK tujuh setengah, Cikgu Akram tanpa berlengah terus mengajak pelajar itu ke keretanya.

Artikel Berkaitan:

"Kalau saya bagi kasut, kamu pakai hari-hari ya. Jom ikut saya, ambik kasut di kereta." 

Detik paling menyentuh hati berlaku di sisi kereta milik Cikgu Akram. Sufi Iman dilihat mencuba sepasang kasut Adidas yang diberikan kepadanya. Difahamkan, kasut itu bukan kasut biasa ia adalah kasut kesayangan Cikgu Akram sendiri.

Sambil melihat Sufi Iman menyarung kasut tersebut, Cikgu Akram menitipkan nasihat yang menusuk terus ke hati.

"Kamu mak tak dak kan. Ayah ada lagi? Kerja apa? Guard. Pakai elok-elok kasut sebab saya pun sayang kasut tu. Belajar bersungguh-sungguh. Saya pun anak yatim macam kamu jugak." 

Ayat itu membuat ramai tersentak. Seorang guru, yang pernah melalui kehilangan, memilih untuk memahami bukan menghakimi. Memilih untuk memberi, bukan sekadar bersimpati.

Untuk Cikgu Akram, terima kasih kerana mengajar kami bahawa menjadi guru bukan hanya tentang silibus dan peperiksaan, tetapi tentang hati yang sanggup memahami kesusahan orang lain.

 

 

Ringkasan AI

  • Keikhlasan seorang guru tular di media sosial kerana memberikan kasut kepada pelajar yang memerlukan
  • Kisah ini menunjukkan kasih seorang pendidik terhadap pelajarnya
  • Cikgu Akram bertindak empati tanpa memalukan pelajar di hadapan kelas
  • Kasut yang diberikan oleh Cikgu Akram adalah kasut kesayangan beliau sendiri
  • Aksi Cikgu Akram mengajar tentang nilai kepedulian dan pemahaman terhadap kesusahan orang lain
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp