Kredit foto: Freepik
Kredit foto: Freepik

Kepentingan jaga kebersihan tangan, basuh tangan antara senjata terkuat perangi wabak penyakit

AZLEENDA SAHALUDIN
05 May 2023 03:18pm
A
A
A

Pada 2003, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) telah menjalankan satu kajian untuk melihat sama ada amalan menjaga kebersihan tangan boleh mencegah cirit-birit dalam kalangan kanak-kanak kecil.

Kajian mendapati kumpulan kanak-kanak yang keluarga mereka menerima pendidikan berterusan cara mencuci tangan dengan menggunakan sabun hanya mengalami separuh daripada penyakit berkaitan cirit-birit berbanding kanak-kanak yang berada di dalam satu lagi kumpulan.

Daripada keputusan ini membuktikan mencuci tangan dengan sabun dan air adalah cara terbaik dan paling mudah untuk memastikan kebersihan tangan.

Pada masa yang sama mencuci tangan dengan cara yang betul juga adalah cara terbaik untuk mengawal dan mengurangkan penyebaran penyakit kerana tangan pengantara utama kuman disebarkan.

Menyedari kepentingan membasuh tangan adalah cara terbaik mengekang penyebaran penyakit, setiap tahun, 5 Mei akan disambut Hari Kebersihan Tangan Sedunia.

Sambutan ini diadakan bagi memperingati penularan wabak Covid-19 di seluruh dunia pada 2020 malah negara juga kini mencatatkan peningkatan kes.

Dengan adanya sambutan ini, ia telah membuktikan tiada senjata terkuat dalam melawan penularan wabak ini melainkan dengan mencuci tangan menggunakan sabun atau cecair pembasmi kuman (hand sanitizer).

Kredit foto: Freepik
Kredit foto: Freepik

Artikel Berkaitan:

Selain itu, kempen tersebut turut menyasarkan tiga objektif utama iaitu menjadikan amalan kebersihan tangan sebagai satu kepentingan global; mengilhamkan perubahan sikap terhadap amalan kebersihan tangan dan memperkuatkan barisan hadapan pekerja kesihatan dalam usaha melawan jangkitan penyakit.

Melihat kepada objektif yang dinyatakan membuktikan kempen ini penting di seluruh dunia untuk saling memperingatkan diri serta keperluan dan kepentingan kebersihan tangan dalam usaha melawan pandemik yang melanda kini.

Mungkin sebelum tularnya jangkitan Covid-19 ramai yang mengambil ringan tentang isu kebersihan tangan namun kini ia tidak boleh dipandang remeh memandangkan tindakan itu dilihat mampu menjadi senjata utama memerangi wabak penyakit.

Justeru, bersempena Hari Kebersihan Tangan Sedunia 2023 ini Sinar Bestari ingin mengajak masyarakat khususnya pelajar dan guru untuk bersama-sama meningkatkan amalan kebersihan tangan dalam penjagaan kesihatan bagi mencegah penularan jangkitan penyakit yang sering mengancam nyawa.

Bukan itu sahaja, Sinar Bestari juga tertarik untuk berkongsi cara-cara mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun yang betul seperti disarankan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

Jom kita lihat.

Kredit foto: Freepik
Kredit foto: Freepik

Cara cuci tangan dengan betul.

1) Basuh tangan dengan sabun dan air secukupnya.

2) Gosok tapak tangan.

3) Gosok setiap jari dan celah jari.

4) Gosok kuku di tapak tangan.

5) Gosok belakang tangan.

6) Basuh tangan dengan air secukupnya.

7) Bersihkan dan keringkan tangan dengan kain bersih.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok