Gambar hiasan.
Gambar hiasan.

Kertas jawapan kosong angkara influencer?

AZLEENDA SAHALUDIN
26 Jan 2024 10:43am
A
A
A

Dunia pendidikan hari ini semakin menjadi buah mulut masyarakat apatah lagi muncul pelbagai isu yang mengatakan sekolah tiada nilai sehingga mencetuskan rasa kurang minat dalam kalangan pelajar untuk menuntut ilmu.

Kini, ia semakin membimbangkan apabila seorang guru mendedahkan hampir kesemua pelajar dalam kelas mendapat markah kosong bagi peperiksaan Sejarah Tingkatan Dua sesi 2023/2024.

Tangkap layar ciapan yang dimuat naik oleh seorang guru.
Tangkap layar ciapan yang dimuat naik oleh seorang guru.

Menerusi perkongsiaanya di laman X, guru itu memaklumkan terdapat seramai 32 pelajar dalam satu kelas dan 90 peratus daripada mereka hanya menghantar kertas jawapan peperiksaan kosong.

Menurutnya lagi, peperiksaan itu melibatkan Bahagian B yang memerlukan pelajar untuk menjawab soalan jenis struktur dan esei.

“Pelajar kelas ini terdiri daripada 32 orang adalah merupakan kelas kelima dari lima kelas yang ada.

“Markah di atas untuk Bahagian B bagi soalan struktur dan esei, 90 peratus telah mendapat markah kosong kerana tidak menjawab langsung. Tinggalkan ruang kosong.

“Yang lain ada juga markah sebab cuba menjawab,” kongsinya.

Artikel Berkaitan:

Tambah guru itu, beliau juga pernah bertanya kepada pelajarnya tentang impian mereka selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Apa yang memeranjatkan adalah, rata-rata mereka menjawab berminat untuk menjadi ‘influencer’.

“Saya tanya, apa cita-cita awak semua selepas SPM nanti?”

“Mereka jawab, jadi ‘influencer’ cikgu dan hasilnya markah Sejarah mereka,” katanya.

Daripada perkongsian terbabit, ia turut mendapat perhatian netizen yang sedikit sebanyak bimbang akan masa depan pelajar hari ini.

Rata-rata mereka meluahkan pendapat dengan mengatakan anak-anak perlu diberi tunjuk ajar agar mereka tidak mudah lalai lebih-lebih lagi munculnya pelbagai gajet serta media sosial baru.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok