Sukan SEA Kemboja 2023 edisi ke-32 berlangsung dari 5 hingga 17 Mei 2023 dengan penglibatan sebanyak 11 buah negara dari Asia Tenggara.
Sukan SEA Kemboja 2023 edisi ke-32 berlangsung dari 5 hingga 17 Mei 2023 dengan penglibatan sebanyak 11 buah negara dari Asia Tenggara.

Menyingkap sejarah penganjuran Sukan SEA

ROSHLAWATY MD RAIEH
09 May 2023 12:39pm
A
A
A

Bermula 5 hingga 17 Mei 2023, Kemboja telah dipilih sebagai tuan rumah bagi temasya Sukan South East Asian Games (SEA) Kemboja 2023 untuk edisi ke-32.

Untuk edisi kali ini, sebanyak 11 buah negara dari Asia Tenggara mengambil bahagian iaitu Kemboja, Indonesia, Thailand, Vietnam, Filipina, Singapura, Malaysia, Myanmar, Laos, Brunei dan Timor-Leste.

Kesemua negara yang bertanding akan mengambil bahagian lebih 580 acara merangkumi acara lelaki dan wanita; acara campuran dan sukan persembahan.

Bagi kontinjen negara, mereka akan mengambil bahagian dalam 33 jenis sukan yang dipertandingkan seperti karate, silat, kuartet larian berhalangan, tinju, catur, gimnastik, judo, bola sepak, petanque, hoki, badminton dan lontar tukul besi wanita.

Berbicara mengenai temasya sukan dwi-tahunan itu, Sinar Bestari tertarik untuk berkongsi sejarah Sukan SEA sebagai pengetahuan guru dan pelajar serta orang ramai.

Ini sejarahnya!

Di awal kemunculan iaitu pada 1959, Sukan SEA dikenali sebagai Sukan Semenanjung Asia Tenggara (SEAP).

Waktu itu, hanya enam buah negara sahaja terlibat iaitu Thailand, Burma, Malaysia, Singapura, Vietnam Selatan dan Laos bertanding dalam 12 acara sukan yang disediakan.

Artikel Berkaitan:

Berdasarkan sistem giliran yang baharu diperkenalkan, Brunei dipilih menjadi tuan rumah pada Sukan SEA 2017 diikuti Malaysia pada 2019.

Bagaimanapun, Brunei telah memaklumkan mereka belum bersedia untuk menjadi tuan rumah pada tahun tersebut.

Sehubungan itu, pada 14 Julai 2012, Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) telah membuat tawaran kepada Malaysia untuk menjadi tuan rumah Sukan SEA 2017 dan tawaran tersebut diterima dan dipersetujui.

Malaysia telah diberi kepercayaan menjadi tuan rumah Sukan SEA sebanyak enam kali iaitu pada 1965, 1971, 1977, 1989, 2001 dan 2017.

Terbaharu, Malaysia bakal menjadi tuan rumah Sukan SEA 2027 edisi ke-34 yang diumumkan SEAGF semasa Mesyuarat SEAGF di Pusat Konvensyen Kebangsaan Vietnam pada Khamis.

Dengan ini, ia sekali gus menjadikan Malaysia berjaya menjadi tuan rumah buat kali ketujuh bagi temasya serantau itu.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok