Kredit foto: Freepik
Kredit foto: Freepik

Pelbagai tema sambutan Hari Guru sejak 2000 hingga 2023. Jom kita lihat!

AZLEENDA SAHALUDINAZLEENDA SAHALUDIN
16 May 2023 04:26pm

Sambutan Hari Guru merupakan acara tahunan yang disambut setiap 16 Mei oleh semua golongan yang bergelar pendidik dan juga pelajar sekolah.

Ia disambut bagi meraikan jasa dan pengorbanan seorang guru dalam mendidik dan memberi tunjuk ajar supaya setiap pelajar mampu meraih kecemerlangan dalam kehidupan.

Bukan itu sahaja, Hari Guru juga disambut untuk mengangkat martabat dan taraf guru selain menarik perhatian ibu bapa dan masyarakat tentang kepentingan warga pendidik ini dalam sistem pendidikan negara.

Menariknya di negara ini, setiap tahun bersempena Hari Guru akan disertakan bersama tema-tema yang boleh menyuntik semangat guru-guru untuk meneruskan kewajipan mendidik anak bangsa.

Justeru, Sinar Bestari tertarik untuk berkongsi senarai tema Hari Guru yang disambut dari tahun 2000 hingga 2023 bagi rujukan kepada semua pembaca.

Jom kita lihat.

Tahun 2000: Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan

Tahun 2001: Memartabatkan Profesion Keguruan Tanggungjawab Bersama

Artikel Berkaitan:

Tahun 2002: Guru Berkualiti Aspirasi Negara

Tahun 2003: Guru Berkualiti Aspirasi Negara

Tahun 2004: Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan

Tahun 2005: Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan

Tahun 2006: Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan

Tahun 2007: Guru Penjana Modal Insan Gemilang

Tahun 2008: Guru Cemerlang Negara Terbilang

Tahun 2009: Guru Pembina Negara Bangsa

Tahun 2010: Guru Pembina Negara Bangsa

Tahun 2011: Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara

Tahun 2012: Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara

Tahun 2013: Guru Malaysia: 1 Aspirasi, 1 Agenda

Tahun 2014: Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi

Tahun 2015: Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak

Tahun 2016: Guru Pembina Negara Bangsa

Tahun 2017: Guru Pembina Negara Bangsa

Tahun 2018: Guru Pemacu Transformasi Pendidikan

Tahun 2019: Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi

Tahun 2020: Berguru Demi llmu, Bina Generasi Baharu

Tahun 2021: Berguru Demi llmu, Bina Generasi Baharu

Tahun 2022: Guru Tunjang Sekolah Sejahtera

Tahun 2023: Guru Insani Pemangkin Generasi Madani

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp