Pengaruh telefon pintar dalam komunikasi pendidikan murid

10 Oct 2023 01:38pm



Pada masa kini, telefon pintar telah menjadi keperluan atau kehendak bagi setiap individu mahupun lapisan masyarakat tanpa mengira peringkat umur dan latar belakang.

Ia sangat mudah didapati dan murah melalui pelbagai jenama masa kini. Kewujudannya telah mempengaruhi cara seseorang itu mengendalikan urusan harian mereka.

Namun penggunaan telefon pintar ini juga telah memberi kesan kepada individu. Melalui teknologi tersebut, pelbagai maklumat boleh diperoleh dan mudah untuk membuatt tugasan dapat diakses dengan muda dan cepat di mana sahaja dan pada bila-bila masa.

Walaupun begitu, penggunaan telefon pintar secara berlebihan memberikan implikasi negatif kepada kemahiran berkomunikasi. Antara kesannya termasuklah memnyebabkan tempoh perhatian yang lemah.

Kekerapan menghabiskan masa menggunakan telefon pintar menyebabkan anak-anak kurang fokus pada tugasan serta kurang berbual dengan orang lain.

Sebagai contoh, di rumah, kadang-kadang pada hujung minggu, terdapat kunjungan keluarga untuk beramah mesra dan mengeratkan silaturrahim, tetapi terdapat anak yang hanya sibuk serta menghabiskan masa seharian dengan telefon pintar tanpa ada interaksi antara keluarga.

Penggunaan telefon pintar secara berlebihan juga menyebabkan pengasingan sosial. Apabila sudah terlalu asyik dengan telefon pintar, secara tidak sedar, anak-anak mungkin mengabaikan komunikasi lisan dengan orang sekeliling.

Selain itu juga anak-anak juga mungkin mengalami masalah kurang tidur atau tidur yang tidak nyenyak. Perkara ini adalah disebabkan sinar biru yang dipancarkan daripada telefon pintar.

Artikel Berkaitan:


Apabila anak-anak tidak mendapat kualiti tidur yang baik, sudah tentu anak-anak tidak dapat menjalani kehidupan yang ceria pada keesokan harinya dan sekaligus menjejaskan kualiti komunikasi anak-anak dengan orang lain.

Sebagai kesimpulannya, apabila anak-anak dapat berkomunikasi dengan berkesan, mereka akan berasa lebih yakin akan kebolehan diri. Keyakinan ini akan menjadi pemangkin kepada anak-anak untuk memperoleh kejayaan dalam kehidupan.

Penulis merupakan guru di Sekolah Kebangsaan Polis Hutan

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp