Perang Dunia Kedua berlaku di dua medan pertempuran iaitu di negara Eropah dan Asia Pasifik.
Perang Dunia Kedua berlaku di dua medan pertempuran iaitu di negara Eropah dan Asia Pasifik.

Perang Dunia II: Hampir 75 juta nyawa melayang

ROSHLAWATY MD RAIEH
16 Apr 2024 03:14pm
A
A
A

Sebelum ini, Sinar Bestari menyiarkan sejarah ringkas tentang bagaimana Perang Dunia Pertama berlaku.

Kali ini, dikongsikan pula mengenai situasi kejadian Perang Dunia Kedua untuk pengetahuan bersama.

Menurut Buku Teks Sejarah Tingkatan 4 - Bab 3, Perang Dunia Kedua (1939 - 1945) berlaku di dua medan pertempuran iaitu di negara Eropah dan Asia Pasifik.

Peperangan di Eropah tertumpu di negara itu dan utara Afrika manakala perang di Asia Pasifik berpusat di Tanah Besar Asia dan Kepulauan Asia Tenggara.

Peperangan tersebut melibatkan dua pakatan iaitu Kuasa Paksi dan Kuasa Bersekutu.

No Image Caption

Faktor tercetusnya Perang Dunia Kedua di Eropah

Ia tercetus akibat kemunculan ideologi baharu, ketidakpuasan hati terhadap Perjanjian Versailles dan kegagalan Liga Bangsa-Bangsa.

Artikel Berkaitan:

Faktor-faktor tersebut terdiri daripada

1) Kemunculan ideologi baharu

2) Ketidakpuasan hati terhadap Perjanjian Versailles

3) Kegagalan Liga Bangsa-Bangsa

No Image Caption

Perang Dunia Kedua di Eropah

Meletus apabila Jerman menyerang Poland pada September 1939. Peristiwa itu menyebabkan Britain dan Perancis mengisytiharkan perang terhadap Jerman.

Berakhir Perang Dunia Kedua di Eropah

Kerjasama kuasa besar dan keberkesanan strategi serangan balas membawa kejayaan kepada Kuasa Bersekutu. Kemenangan pihak Bersekutu memberikan iktibar kepada kita tentang kepentingan bekerjasama dan bermuafakat dalam menghadapi cabaran.

Peta menunjukkan lokasi Perang Dunia Kedua di Eropah.
Peta menunjukkan lokasi Perang Dunia Kedua di Eropah.



No Image Caption

Perang Dunia Kedua di Asia Pasifik

Juga dikenali sebagai Perang Pasifik. Pertempuran ini berlaku di Lautan Pasifik, Tanah Besar Asia dan Kepulauan Asia Tenggara. Perang Pasifik berpunca daripada kemunculan Jepun sebagai kuasa tentera di Asia yang menjalankan imperialisme di rantau Asia Pasifik.

Bermula Perang Dunia Kedua di Asia Pasifik

Telah bermula apabila Jepun menyerang Tanah Melayu dan Pearl Harbour, Hawaii iaitu pangkalan tentera laut Amerika Syarikat di Pasifik. Serangan tentera Jepun terhadap Pearl Harbour bertujuan melumpuhkan armada laut Amerika Syarikat di Pasifik yang boleh menjadi penghalang kepada perluasan kuasa Jepun di Asia Pasifik.

No Image Caption

Seterusnya, serangan dilakukan ke atas wilayah jajahan Amerika Syarikat, Britain dan Belanda yang lain seperti Filipina, Hong Kong, Pulau Guam dan Pulau Wake. Serangan tersebut membawa penglibatan Amerika Syarikat dalam perang di Asia Pasific apabila mengisytiharkan perang terhadap Jepun. Dengan strategi yang berkesan dan penguasaan serangan melalui laut, darat dan udara, Jepun berjaya membentuk empayar yang luas di Asia Pasifik menjelang April 1942.

Kesimpulannya, Perang Dunia Kedua yang merangkumi perang di Eropah dan di Asia Pasifik telah mengorbankan hampir 75 juta nyawa manusia dan membawa kemusnahan harta benda.

Peperangan menyebabkan kematian, kesengsaraan, kelaparan, ketakutan, kezaliman dan kemiskininan.

Kita sewajarnya mengambil iktibar daripada peristiwa Perang Dunia Kedua untuk menghargai nikmat keamanan dan belajar untuk hidup bersama-sama dalam keadaan aman dan harmoni.

No Image Caption



No Image Caption

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok