Statistik menunjukkan Malaysia di kedudukan keempat dunia memiliki bangunan pencakar langit terbanyak.
Statistik menunjukkan Malaysia di kedudukan keempat dunia memiliki bangunan pencakar langit terbanyak.

Pencakar langit: Malaysia di kedudukan keempat dunia

18 Apr 2024 07:00pm

Malaysia merupakan negara keempat yang mempunyai pencakar langit terbanyak di dunia selepas China (3,284), Amerika Syarikat (894) dan Emiriah Arab Bersatu (336).

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menerusi laman Facebook Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), memaklumkan bahawa Malaysia memiliki sebanyak 293 bangunan berketinggian 150 meter (m) ke atas, 67 buah bangunan (200 m ke atas) dan enam bangunan (300 m ke atas).

"Antara pencakar langit yang ikonik di Malaysia adalah Menara Berkembar Petronas, Menara Kuala Lumpur, Menara Exchange 106 dan Menara Merdeka 118," menurut beliau yang memetik laporan Council on Tall Buildings and Urban Habitat (CTBUH).

Untuk rekod, di Asia Tenggara, Malaysia menduduki tempat pertama manakala Indonesia dan Thailand masing-masing berada di tangga ke-9 dan 10 sementara Singapura di tempat ke-13 di dunia.

Menara Kuala menjadi lokasi penggemar sukan terjun udara.
Menara Kuala menjadi lokasi penggemar sukan terjun udara.

Artikel Berkaitan:
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp