Muhammad Nazmi diumumkan sebagai antara 50 finalis terbaik dari seluruh dunia untuk Hadiah Guru Global 2025.
Muhammad Nazmi diumumkan sebagai antara 50 finalis terbaik dari seluruh dunia untuk Hadiah Guru Global 2025.

PM ucap tahniah kepada Cikgu Nazmi disenarai 50 finalis Hadiah Guru Global 2025

16 Jan 2025 07:54am

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada seorang guru Malaysia, Muhammad Nazmi Rosli atas pengiktirafan sebagai antara 50 finalis Hadiah Guru Global 2025.

Menerusi hantaran di laman Facebook pada Rabu, beliau berkata, keikhlasan Muhammad Nazmi mendidik anak bangsa dengan menyuntik daya cipta dalam pendidikan di sekolah luar bandar di Sarawak adalah contoh kepimpinan pendidikan yang membanggakan.

"Pengiktirafan ini juga harus mencetus inspirasi buat para pendidik," katanya.

Muhammad Nazmi, 32, yang merupakan seorang guru Bahasa Inggeris di Sarawak diumumkan sebagai antara 50 finalis terbaik dari seluruh dunia untuk Hadiah Guru Global 2025.

Beliau sebelum ini pernah memenangi Hadiah Guru Malaysia 2023 kerana ikhtiarnya mendidik murid dengan membuat latihan simulasi dalam bilik darjah antaranya memberikan pengalaman kehidupan lazim seperti memasuki kedai dobi atau menaiki kapal terbang dengan menggunakan bahan kitar semula. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp