No Image Caption

Sindir orang tidak mahir bahasa Inggeris, sekumpulan remaja teruk dikecam netizen

14 Jul 2023 09:41am



Mahir berbahasa Inggeris merupakan satu kemahiran yang wajib ada pada setiap individu ketika ini.

Namun, ia bukan lesen untuk merendahkan orang lain kerana kekurangan yang ada pada diri masing-masing kerana tidak semua manusia sempurna.

Disebabkan itulah, rata-rata warga netizen hari ini mengecam tindakan beberapa remaja perempuan yang merendah-rendahkan seorang rakan mereka yang tidak fasih berbahasa Inggeris.

Video tersebut tular di media sosial baru-baru ini dan difahamkan individu tersebut dikatakan telah menghantar satu mesej permohonan maaf menerusi aplikasi Whatsapp dengan menggunakan beberapa ungkapan dalam bahasa Inggeris.

Bagaimanapun disebabkan terdapat kesalahan tatabahasa pada ayatnya itu, mesej lelaki tersebut menjadi bahan ketawa dan kutukan sekumpulan remaja perempuan berkenaan.

“Kamu semua kalau hendak cari bekas teman lelaki, cari yang pandai ya,” sindir salah seorang daripada mereka.

Tindakan remaja tersebut kemudian mendapat kecaman warga netizen terutama di halaman Jiwa Islam dalam Instagram pada Rabu.

Menurut seorang pengguna akaun bernama Aqieskun, perbuatan itu dapat menjatuhkan daya keyakinan mana-mana individu.

Artikel Berkaitan:


“Aku paling benci spesis merendahkan orang sebab yang kena itu boleh hilang keyakinan diri. Biarlah tidak pandai tapi beradab,” ujarnya dalam ruangan komentar berkenaan.

No Image Caption



Seorang lagi pengguna bernama Msz Wanlim menyindir remaja berkenaan kerana bukan sahaja dilihat kurang cantik tetapi juga tidak beradab.

“Biar tidak cantik asalkan ada maruah. Tapi kamu tiada kedua-duanya,” coretnya.

No Image Caption

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp