Kehilangan Cikgu Mohamad Fadzil meninggalkan kesan mendalam bukan sahaja kepada warga sekolah, malah seluruh komuniti pendidikan yang pernah mengenali dan bekerjasama dengannya.
Kehilangan Cikgu Mohamad Fadzil meninggalkan kesan mendalam bukan sahaja kepada warga sekolah, malah seluruh komuniti pendidikan yang pernah mengenali dan bekerjasama dengannya.

SK (LKTP) Jengka 14 kehilangan guru yang amat disayangi

25 Apr 2025 04:16pm

Dunia pendidikan tanah air sekali lagi berduka dengan pemergian seorang insan yang cukup berdedikasi dalam mendidik anak bangsa.

Guru Sekolah Kebangsaan (SK) (LKTP) Jengka 14, Pahang, Cikgu Mohamad Fadzil Ahmad @ Sani, telah kembali ke rahmatullah 16 April lalu sekali gus meninggalkan kesan mendalam bukan sahaja kepada warga sekolah, malah seluruh komuniti pendidikan yang pernah mengenali dan bekerjasama dengannya.

Pemergian beliau bukan sekadar kehilangan seorang guru, tetapi juga seorang insan yang telah mengabdikan sebahagian besar hidup untuk mencurahkan ilmu dan membentuk generasi masa depan agar menjadi insan berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Sinar Bestari ingin merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham dan warga SK (LKTP) Jengka 14 atas kehilangan ini.

Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Artikel Berkaitan:
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp