Dalam keseronokan mengunjungi bazar, diingatkan supaya lebih berhati-hati agar tidak membeli makanan yang boleh menjejaskan kesihatan.
Dalam keseronokan mengunjungi bazar, diingatkan supaya lebih berhati-hati agar tidak membeli makanan yang boleh menjejaskan kesihatan.

Terbeli makanan basi di bazar Ramadan, ini adalah perkara yang boleh dilakukan

AZLEENDA SAHALUDINAZLEENDA SAHALUDIN
28 Mar 2023 11:58am

Sudah memasuki hari kelima umat Islam menyambut Ramadan yang ditunggu-tunggu setiap tahun bagi meraikan kemeriahan bulan barakah ini.

Seperti yang sedia maklum, pada bulan mulia ini juga umat Islam wajib untuk menahan diri daripada melakukan perkara membatalkan ibadah itu antaranya makan dan minum.

Apa yang lebih menarik lagi tentang bulan Ramadan selain ganjaran pahala berlipat ganda adalah kemeriahan suasana dengan pelbagai menu jualan di bazar Ramadan yang menjadi tarikan pengunjung untuk membuat pilihan juadah ketika berbuka puasa.

Daripada kuih muih, lauk pauk dan pelbagai jenis minuman, pasti ramai yang memilih untuk mengunjungi bazar sama ada membeli makanan berbuka puasa dan moreh atau hanya ingin melihat suasana sahaja.

Namun belum tiba penghujung Ramadan, sudah ramai yang mendakwa makanan dibeli mereka di beberapa bazar Ramadan didapati hangit atau basi serta tidak sepadan dengan harga jualan.

Antara makanan yang dimuat naik di media sosial yang mendapat pelbagai reaksi warganet adalah nasi ayam berbau busuk, roti john dan martabak hangit serta karipap berinti angin.

Sehubungan itu, Sinar Bestari ingin kongsikan panduan kepada pembeli terutamanya mereka yang sudah bersekolah untuk mengambil tindakan bijak sekiranya terbeli makanan-makanan yang boleh memudaratkan kesihatan.

Jom baca!

Artikel Berkaitan:

Sekiranya terbeli makanan seperti

1) Tidak dimasak sempurna

2) Basi dan telah rosak

3) Dibungkus dengan menggunakan dawai kokot, paku atau benda tajam

4) Mengandungi benda asing seperti telur lipas, cicak dan beberapa bahan asing yang mencemarkan makanan

5) Menyebabkan gejala keracunan makanan

Pembeli perlu mengambil tindakan seperti berikut

1) Mengambil gambar sebagai bukti

2) Simpan sample makanan

3) Mengenal pasti nama dan lokasi premis atau gerai

4) Dan laporkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah yang berhampiran

Roti john hangit yang dibeli di bazar Ramadan.
Foto:Twitter
Roti john hangit yang dibeli di bazar Ramadan. Foto:Twitter



Martabak hangit yang dibeli di bazar Ramadan.
Foto:Twitter
Martabak hangit yang dibeli di bazar Ramadan. Foto:Twitter



Daging tidak masak dibeli di bazar Ramadan.
Foto:Twitter
Daging tidak masak dibeli di bazar Ramadan. Foto:Twitter

Sinar Bestari juga ingin mengingatkan untuk lebih berhati-hati ketika membeli makanan bagi mengelakkan perkara-perkara yang boleh menjejaskan kesihatan sekali gus terlepas untuk melakukan ibadah di bulan mulia ini.

Jadilah pengguna bijak yang tahu akan hak serta berani untuk bertindak sekiranya berdepan dengan situasi begini.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp