Guru-guru perlu memfokuskan kepada tiga item yang mempunyai pemberatan peratusan tinggi dan selebihnya lagi (item) sebagai sokongan kepada penghasilan sesebuah inovasi. Gambar kecil: Cikgu Muhammad Sabiq.
Guru-guru perlu memfokuskan kepada tiga item yang mempunyai pemberatan peratusan tinggi dan selebihnya lagi (item) sebagai sokongan kepada penghasilan sesebuah inovasi. Gambar kecil: Cikgu Muhammad Sabiq.

Tujuh kriteria pemarkahan inovasi yang perlu guru ambil tahu!

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
12 Aug 2024 02:25pm

Inovasi ialah kaedah mencari jalan untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang lebih baik sama ada melalui pengubahsuaian atau penambahbaikan.

Ia adalah hasil cetusan idea-idea kreatif dan inovatif dalam mana-mana aspek kerja yang dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi.

Hari ini, pertandingan inovasi sering dianjurkan oleh sekolah, institusi pengajian tinggi atau organisasi bukan kerajaan sebagai platform mempamerkan idea dibangunkan mereka.

Malah, ia adalah pertandingan cukup menarik dan yang boleh disertai sesiapa sahaja termasuklah warga pendidik sekolah rendah hingga ke peringkat tertinggi.

Guru Sekolah Kebangsaan Taman Nusa Damai, Pasir Gudang, Johor, Cikgu Muhammad Sabiq Mohd Noor berkata, terdapat beberapa dokumen yang perlu disediakan guru-guru sekiranya mereka ingin menyertai pertandingan inovasi.

Jelas beliau, dokumen yang lengkap secara tidak langsung membantu sistem pemarkahan inovasi itu dan jika tidak mencukupi, pastinya menjejaskan markah inovasi tersebut.

Sambung beliau, sangat wajar jika rakan-rakan pendidik mengetahui kriteria pemarkahan yang telah ditetapkan penganjur.

Artikel Berkaitan:

“Berdasarkan pengalaman sedia ada, kriteria berkenaan terdiri daripada tujuh perkara yang menjadi item pemarkahan bagi sesebuah produk,” katanya kepada Sinar Bestari menerusi aplikasi Telegram.

Untuk mengetahui apakah item pemarkahan yang dimaksudkan Cikgu Muhammad Sabiq, jom ikuti perkongsian Sinar Bestari.

1) Item Kreativiti yang membawa kepada markah 25 peratus

Item ini membawa erti inovasi yang dihasilkan oleh guru-guru perlulah kreatif sama ada baharu atau diadaptasikan. Perkara dinilai pada bahagian proses pembangunan inovasi.

No Image Caption

2) Item Kesignifikan (25 peratus)

Kesignifikanan membawa maksud terdapat bukti menyatakan inovasi ini memberi faedah yang jelas terhadap peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran.

3) Item Kecekapan (20 peratus)

Kecekapan menjelaskan tentang di mana inovasi yang dibangunkan memberi kesan kepada amalan pengajaran atau cara bekerja guru yang cekap dan pantas. Kebiasaanya pada bahagian analisis dapatan di mana impak inovasi dilihat secara kuantitatif atau kualitatif.

4) Item Penyebaran (lima peratus)

Inovasi dihasilkan boleh diguna pakai oleh pihak lain secara terus atau dengan pengubahsuaian mengikut keperluan.

No Image Caption

5) Item Keberkesanan Kos (10 peratus)

Produk yang dihasilkan mampu dibangunkan pada kos sama atau lebih rendah.

6) Item Potensi Pelaksanaan (10 peratus)

Merujuk kepada bukti menunjukan inovasi telah berjaya dilaksanakan sama ada secara penuh atau percubaan dan mencapai matlamat.

7) Item Persembahan (lima peratus)

Penyediaan video atau persembahan yang menarik.

No Image Caption

Secara keseluruhan, setiap penganjur mempunyai kriteria-kriteria tertentu yang disediakan kepadajuri-juri dalam menilai inovasi dipertandingkan.

Bagaimanapun, kita harus sedar pertandingan inovasi bukanlah sekadar medan merebut pingat atau bertanding siapa paling hebat berinovasi.

“Peranannya lebih besar di mana ia sebagai platform penyebaran idea dan pengetahuan tentang amalan pedadogi yang dilaksanakan malah idea-idea ditampilkan akan terus disuburkan dengan inovasi baharu,” akhiri Cikgu Muhammad Sabiq.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp