No Image Caption

Annyeonghaseyo Korea!

06 Oct 2025 09:50am

Selama enam hari lima malam, rombongan Education Fam Trip for Malaysian Schools, anjuran Korea Tourism Organization (KTO) bersama Gyeonggi Tourism Organization (GTO) dan Japan Travel Bureau (JTB) menjelajah Korea Selatan, negara berteknologi tinggi namun tetap mengekalkan budaya serta nilai tradisi.

Lawatan menyingkap kekuatan sistem pendidikan Korea Selatan yang menekankan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dengan kunjungan ke institusi penyelidikan bertaraf dunia serta pusat inovasi seperti Universiti Eulji, Samsung Innovation Museum dan Hyundai Motorstudio Goyang.

Tidak ketinggalan, peserta turut merasai pengalaman budaya yang pelbagai, daripada membuat gochujang hinggalah memakai hanbok di Istana Gyeongbokgung.

Perjalanan penuh warna-warni ini mengangkat Korea Selatan sebagai destinasi lengkap untuk pendidikan dan pelancongan budaya.

Hari ini Sinar Bestari berkongsi cerita dan momen menarik sepanjang lawatan tersebut.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Rombongan Education Fam Trip for Malaysian Schools menjelajahi Korea Selatan selama enam hari lima malam
  • Lawatan menekankan pentingnya Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik dengan kunjungan ke institusi penyelidikan dan pusat inovasi
  • Pengalaman budaya melibatkan membuat gochujang dan memakai hanbok di Istana Gyeongbokgung
  • Korea Selatan dilihat sebagai destinasi lengkap untuk pendidikan dan pelancongan budaya
  • Sinar Bestari berkongsi cerita dan momen menarik sepanjang lawatan tersebut
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp