Peserta bergambar beramai-ramai sejurus tamat program sebagai kenang-kenangan. Detik bersejarah ini menjadi titik permulaan penting yang membuka peluang kepada kedua-dua sekolah untuk terus menjalin kerjasama pada masa hadapan. Pihak sekolah turut berharap agar dapat melaksanakan aktiviti bersama di peringkat antarabangsa yang melibatkan penyertaan murid dan guru pada masa akan datang, insya-ALLAH.
Peserta bergambar beramai-ramai sejurus tamat program sebagai kenang-kenangan. Detik bersejarah ini menjadi titik permulaan penting yang membuka peluang kepada kedua-dua sekolah untuk terus menjalin kerjasama pada masa hadapan. Pihak sekolah turut berharap agar dapat melaksanakan aktiviti bersama di peringkat antarabangsa yang melibatkan penyertaan murid dan guru pada masa akan datang, insya-ALLAH.

SK Bandar Tun Hussein Onn 2 cipta sejarah, meterai kerjasama pendidikan antarabangsa bersama Maryvit Education Center Thailand

15 Sep 2025 11:18am

Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Tun Hussein Onn 2, Selangor terus melakar sejarah apabila menjalin kerjasama antarabangsa dengan Maryvit Education Center, Thailand dalam sebuah program rasmi yang berlangsung di perkarangan sekolah baru-baru ini.

Program itu menjadi wadah penting dalam mengukuhkan hubungan pendidikan serantau khususnya dalam kalangan negara ASEAN, negeri, daerah dan sekolah.

Melalui kerjasama tersebut, kedua-dua pihak berpeluang bertukar pandangan, berkongsi amalan terbaik dan merintis pelbagai inisiatif yang memberi manfaat kepada warga pendidik serta murid.

Antara pengisian utama program termasuk forum murid antarabangsa, sesi perkongsian ilmu antara guru, persembahan kebudayaan serta aktiviti penanaman pokok sebagai simbolik persahabatan dua negara.

Kesemua aktiviti ini mendapat sambutan menggalakkan sekali gus mencerminkan semangat muhibah dan kerjasama erat antara Malaysia dan Thailand.

No Image Caption

Guru Besar SK Bandar Tun Hussein Onn 2, Yazid Zakaria menzahirkan rasa syukur dan bangga atas jalinan kerjasama ini.

Artikel Berkaitan:

Beliau menyifatkan program berkenaan sebagai platform terbaik untuk mendedahkan murid kepada budaya, ilmu dan pengalaman baharu yang akan membentuk generasi lebih berfikiran global.

"Saya amat berbesar hati dengan jalinan kerjasama antarabangsa ini yang bukan sahaja memperkukuh hubungan pendidikan, malah memberi peluang kepada murid kita mengenali budaya dan sahabat baharu di luar negara.

"Semoga inisiatif ini menjadi titik permulaan kepada kejayaan lebih besar di masa hadapan dan menjadikan warga SKBTHO 2 berfikiran global serta berjiwa ASEAN," ujar beliau.

Sementara itu, pihak Maryvit Education Center turut menyatakan penghargaan atas layanan mesra serta keprihatinan warga SKBTHO 2 dalam menjayakan program.

No Image Caption

Mereka yakin kerjasama yang terjalin akan membuka lebih banyak ruang kolaborasi pendidikan antara Malaysia dan Thailand pada masa hadapan.

Dalam pada itu, program tersebut turut memperkukuh imej SKBTHO 2 sebagai sekolah progresif dan berdaya saing di peringkat antarabangsa sekali gus menyahut aspirasi Kementerian Pendidikan Malaysia untuk melahirkan murid berjiwa ASEAN yang berpandangan jauh dan berdaya global.

Program juga menterjemahkan bahawa program ini sebagai salah satu daripada platform untuk menjayakan semangat ASEAN yang utuh.

Maklumat penulis:

Guru Penyelaras Program Antarabangsa, SK Bandar Tun Hussein Onn 2, Mohd Nasir Zakaria

Berbakat dalam bidang penulisan? Apa kata anda sumbangkan hasil karya ke e-mel sinarbestari@sinarharian.com.my

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp