No Image Caption

Evolusi bidang kesihatan mata: Cabaran dan peluang pada masa depan

27 Nov 2023 11:09am

Bidang kesihatan merupakan salah satu cabang kerjaya yang cukup luas untuk diceburi terutamanya kepada mereka yang begitu meminati bidang berkenaan.

Dalam kerjaya berkaitan aspek kesihatan ini, terdapat beberapa cabang utama seperti perubatan, farmasi, psikiatri, optometri (kesihatan mata), radiologi, fisioterapi, pergigian, pembedahan dan sebagainya.

Penting untuk diingat bahawa bidang kesihatan tersebut berinteraksi dan saling mendukung untuk menyediakan perkhidmatan yang holistik. Profesional kesihatan bekerjasama untuk memberikan perawatan dari pelbagai aspek termasuk pencegahan penyakit, diagnosis dan lain-lain.

Tertarik untuk mengetengahkan aspek kerjaya dalam bidang kesihatan, Sinar Bestari minggu ini membawakan kupasan menarik mengenai kesihatan mata.

Jadi, buat mereka yang berminat untuk menyambung pengajian dan menceburi kerjaya dalam penjagaan kesihatan mata, kami sertakan info-info menarik sebagai maklumat tambahan buat anda.

Artikel Berkaitan:
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp