Meraikan pewaris masa depan Malaysia
Hari Kanak-Kanak Sedunia merupakan acara tahunan yang disambut bagi memupuk kesedaran tentang isu melibatkan golongan itu.
Tahukah anda, ia ditubuhkan pada tahun 1954 dan disambut setiap 20 November seluruh dunia.
Di Malaysia, sambutannya diraikan menerusi aktiviti persekolahan dengan pelbagai tema yang tidak lain dan tidak bukan bagi menekankan kepentingan menghormati dan mengiktiraf hak kanak-kanak.
Justeru, kemeriahan sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia ini dapat dilihat menerusi majlis yang diadakan di setiap sekolah dan meraikan mereka sebagai pewaris masa depan negara.
Menerusi edisi kali ini, Sinar Bestari bawakan keriangan serta keseronokan sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia peringkat sekolah yang dianjurkan oleh Sekolah Kebangsaan (SK) Jalan Kebun, Shah Alam, Selangor.
Jom kita lihat!