No Image Caption

Paluan Gendang 24 Musim pupuk semangat muhibah

13 Feb 2024 06:16pm
A
A
A

Jika Melayu mempunyai alat muzik tradisional seperti kompang, India mempunyai dhol, maka kaum Cina mempunyai Gendang 24 Musim.

Gendang ini juga dikenali sebagai gendang Cina atau shigu melibatkan sejumlah 24 gendang mewakili satu musim dalam 24 musim pertanian Kalendar Cina.

Ia selalu dimainkan ketika upacara rasmi, perayaan dan hari kebudayaan, malah turut diiringi dengan tarian singa atau naga.

Menariknya, kini banyak sekolah dalam negara mempunyai pasukan Gendang 24 Musim yang tidak hanya fokus membuat persembahan, malah turut terlibat dalam pertandingan peringkat antarabangsa.

Untuk itu, sempena Tahun Baharu Cina, Sinar Bestari bawakan edisi pasukan Gendang 24 Musim untuk para pembaca.

Jom kita!

Artikel Berkaitan:

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok