BATPAD-UTHM-SINARBESTARI-2022
BATPAD-UTHM-SINARBESTARI-2022

BATPAD2022 hargai murid-murid kuasai bahasa Inggeris di Batu Pahat

nadzarul.amir
15 Dec 2022 11:51am
A
A
A

Batu Pahat English Appreciation Award (BATPAD2022) menjadi platform terbaik dalam menggalakkan murid-murid di daerah Batu Pahat, Johor menguasai bahasa Inggeris.

Pengurus majlis BATPAD2022, Dr Nurizah Md Ngadiran berkata, program berkenaan diadakan untuk menzahirkan penghargaan kepada para murid dan sekolah-sekolah di daerah Batu Pahat yang mencapai pencapaian cemerlang dalam Program KoAkademik bahasa Inggeris.

"Ia juga bertujuan membakar semangat para murid dan sekolah-sekolah di daerah ini untuk berusaha lebih gigih serta bersikap positif dalam menyertai pertandingan bahasa Inggeris.

"Program KoAkademik bahasa Inggeris dapat menyuburkan lagi penguasaan murid-murid terhadap bahasa berkenaan sekali gus memberi keyakinan kepada mereka untuk mengambil bahagian dalam pertandingan-pertandingan yang diadakan di peringkat negeri serta kebangsaan," katanya.

Program BATPAD2022 berlangsung di Big Stage, Perpustakaan Tunku Tun Aminah, UTHM, Batu Pahat, Johor baru-baru ini adalah anjuran Unit Pembangunan Bakat Murid, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Batu Pahat dengan kerjasama Pusat Pengajian Bahasa, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

Majlis berkenaan dirasmikan Dekan Pusat Pengajian Bahasa, UTHM, Dr Azmi Abdul Latiff. Hadir sama Pegawai Pendidikan Daerah Batu Pahat, Dr Suhaimi Ismail yang merupakan penaung majlis BATPAD2022.

Dalam pada itu, pengurus bersama majlis BATPAD2022, Shamira Abu Dzarim berkata, sebanyak enam anugerah disampaikan kepada para murid dan sekolah-sekolah iaitu Pencapaian Young Author Award, Pencapaian Karnival Perpaduan MBMMBI Bahasa Inggeris, Pencapaian English Cyberspace Challenge, Pencapaian Video Drama MBMMBI, Pencapaian Choral Speaking Competition dan Pencapaian English Language Debate Competition.

Dia memberitahu, para pemenang menerima sijil pencapaian dan piala atas pencapaian terbaik mereka menyertai pertandingan bahasa Inggeris di peringkat negeri dan kebangsaan.

"Selain bahasa Malaysia, bahasa Inggeris juga penting terutama apabila murid-murid melangkah ke alam universiti mahupun pekerjaan kelak.

"Justeru, program sebegini diharap akan terus menyuntik semangat murid-murid dan pihak sekolah untuk memperkasa bahasa Inggeris,"ujarnya.

Artikel berkaitan

Muhammad Faris dan Chun An, graduan cemerlang UTHM terima Anugerah Pelajaran DiRaja

Dura Adibah, pelajar UTHM raih pengiktirafan di Korea atas perkongsian keunikan budaya Malaysia

UTHM angkat martabat sejarah, kebudayaan dan kesenian Johor menerusi RICHER


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok