UniKL terus menerajui bidang teknologi kejuruteraan kimia.
UniKL terus menerajui bidang teknologi kejuruteraan kimia.

UniKL terus menerajui bidang teknologi kejuruteraan kimia

Rasyidah Zulkifi
19 Sep 2022 04:37pm
A
A
A

Kemajuan industri makanan di Malaysia dan peringkat antarabangsa mendapat sokongan berterusan melalui penghasilan graduan yang mantap dan berpengetahuan tinggi bukan sahaja dalam bidang teknologi makanan malahan melalui penekanan dalam aspek pemprosesan dan kejuruteraan makanan.

Justeru itu, Universiti Kuala Lumpur (UniKL) memperkenalkan program Bachelor Teknologi Keselamatan dan Kualiti Makanan sebagai program pengajian terbaharu dalam bidang teknologi kejuruteraan kimia.

Ia dibangunkan antara UniKL dan QSR Brands (M) Holdings Bhd meliputi pengajian selama dua tahun di UniKL Kampus Cawangan Malaysian Institute of Chemical and Bioengineering Technology (UniKL MICET) serta satu tahun di industri (2u1i).

Meskipun program ini di bawah bidang teknologi kejuruteraan kimia, namun ia menjurus ke arah teknologi berkaitan makanan dan memanfaatkan keperluan syarikat pemprosesan makanan dalam aspek pembangunan sumber manusia.

Dekan UniKL MICET, Profesor Madya Ts Dr Ruzainah Ali berkata, program ini diperkenalkan bagi memenuhi permintaan semasa di mana dapat dilihat percambahan industri makanan ini naik dengan pesat meskipun negara menghadapi krisis pandemik Covid-19.

“Saya percaya, program Bachelor Teknologi Keselamatan dan Kualiti Makanan ini dapat membantu pelajar-pelajar bukan sahaja untuk mempunyai segulung ijazah malahan membantu mereka mendapatkan kemahiran dan pengetahuan industri yang secukupnya selaras dengan keperluan industri semasa,” katanya.

Konsep program akademik 2u2i atau 2u1i merupakan salah satu inisiatif menyeluruh bagi program sarjana muda yang meliputi pengetahuan, praktikal, pengalaman dan pendedahan industri serta kursus-kursus profesional.

Melalui program ini, pelajar lebih bersedia dan menyesuaikan diri dengan dunia pekerjaan selepas tamat belajar.

Selain itu, program ini juga dilihat mampu mempersiapkan pelajar memenuhi jangkaan dan keperluan dalam merekrut tenaga kerja yang kompeten.

Pada akhir pengajian, pelajar akan memperoleh sijil profesional sebagai ekskutif halal yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sekaligus menjadi nilai tambah kepada graduan untuk bersaing dalam industri yang kompetitif.

Mula ditawarkan pada September 2021, pengambilan September ini terbuka kepada lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), asasi, diploma dan sebagainya.

Selain itu UniKL MICET turut menawarkan satu program baharu peringkat diploma iaitu Diploma Kejuruteraan Teknologi Kimia.

Jangka masa program ini adalah dua tahun enam bulan iaitu dua tahun di kampus dan enam bulan di dalam industri.

Pelajar juga berpeluang memilih satu daripada empat bidang pengkhususan iaitu Sustainable Process Engineering, Biotechnology & Bioengineering, Advanced Material dan Environmental Engineering Technology and Sustainability.

Selepas tamat pengajian, pelajar berpeluang menyambung pengajian di UniKL MICET dengan kemudahan sehingga 57 pemindahan kredit (tertakluk kepada terma dan syarat) menjadikan tempoh masa pengajian Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Kimia kepada dua setengah tahun sahaja.

Di akhir pengajian pelajar juga akan memperoleh nilai tambah Pensijilan Profesional yang ditawarkan seperti Perisian Smart 3D Modelling dan Ergonomic Trained Person (ETP). Pinjaman pendidikan MARA juga disediakan bagi yang layak.

Pengambilan program diploma masih lagi dibuka bagi sesi September 2022 dan permohonan boleh dibuat melalui laman sesawang www.unikl.edu.my atau untuk keterangan lanjut boleh hubungi 06-551 2011.

Artikel berkaitan 

UniKL tersenarai dalam kelompok universiti terbaik dunia untuk kali ke-2

UniKL BMI catat sejarah bina Bangunan Tenaga Sifar Bersih pertama di Malaysia

UniKL penuhi impian untuk belajar di Korea Selatan


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok