‘Fun@Laboratory’ tarik minat pelajar terhadap STEM
‘Fun@Laboratory’ tarik minat pelajar terhadap STEM

‘Fun@Laboratory’ tarik minat pelajar terhadap STEM

Roshlawaty Md RaiehRoshlawaty Md Raieh
13 Oct 2022 06:03pm

Penganjuran program ‘Fun@Laboratory’ di makmal Institut Penyelidikan Bioteknologi (IPB), Universiti Malaysia Sabah (UMS) bertujuan menarik minat pelajar dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) khususnya dalam bidang bioteknologi.

Selain itu, program ini juga mendedahkan peserta dengan peralatan makmal yang moden dan canggih selain sebagai satu usaha pembudayaan kepakaran bioteknologi kepada masyarakat dan komuniti di Sabah.

Menurut Penyelaras Program, Dr Khairul Azfar Kamaruzaman, ‘Fun@Laboratory’ disertai 87 peserta yang terdiri daripada pelajar dan guru pengiring dari lima buah sekolah menengah di Sabah.

Sekolah-sekolah tersebut adalah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Kota Kinabalu, SMK Datuk Peter Mojuntin, SMK Bahang, SMK Bongawan dan Sekolah Menengah Sains Sabah.

Selain pelajar dan guru pengiring, Khairul Azfar berkata, ‘Fun@Laboratory’ turut dijayakan oleh warga IPB UMS dalam kalangan pensyarah, kakitangan sokongan dan pentadbiran serta pelajar pascasiswazah.

Sementara itu, program anjuran IPB UMS dengan U-Science UMS ini telah dirasmikan oleh Pengarah IPB, Profesor Dr Lee Ping Chin yang menyediakan pelbagai pengisian menarik kepada peserta.

Antaranya, teknik mengenal pasti jantina dan cara mengendalikan tikus; sel tumbuhan dan haiwan di bawah mikroskop; Kombucha fermentation dan aplikasi metagenomik dalam kehidupan seharian.

Dengan penganjuran ‘Fun@Laboratory’ ini diharapkan semua peserta akan lebih meminati bidang STEM selepas ini.

Artikel berkaitan 

Kejayaan pembudayaan STEM di sekolah luar bandar, Cikgu Anuthra dinobatkan pemenang Malaysia Teacher Prize 2022

SMK Dato Permaisuri tersenarai dalam Malaysia Book Of Records, berjaya hasilkan PBL STEM terpanjang

Penyelidik UKM dan UNIMAS hasilkan sistem penskoran madu kelulut UKSF


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp