jeswin-thomas-wRdYnqXtyYk-unsplash
jeswin-thomas-wRdYnqXtyYk-unsplash

Ini 5 sebab mengapa kolej perlu beri pengajian percuma dan senarai negara yang menawarkannya

Rasyidah Zulkifi
09 Feb 2022 09:29am
A
A
A

Rata-rata pelajar yang sudah menamatkan pelajaran di sekolah menengah pasti teringin menyambung pengajian di peringkat tinggi.

Namun, mereka menghadapi masalah kewangan untuk menyambung pengajian di kolej yang kebiasaannya memerlukan sejumlah wang yang besar.

Kos kolej yang tinggi menjadi isu utama yang mengekang niat pelajar daripada terus menyambung pengajian.

Baca juga 

Kelas percuma untuk pelajar yang terkesan dengan banjir

Pulau Pinang tawar pendidikan percuma, peluang pekerjaan

Oleh sebab itu, terdapat banyak faktor mengapa pihak kolej perlu menawarkan pengajian secara percuma kepada pelajar.

Lima sebab mengapa kolej perlu tawar pengajian secara percuma

1. Baik untuk pertumbuhan ekonomi

Menurut kajian di Amerika Syarikat, kebanyakan graduan menamatkan pengajian di kolej dengan jumlah hutang setiap pelajar berjumlah USD 31,172.

Ini kerana, dahulunya mereka menyambung pengajian dengan pinjaman pendidikan yang mengandungi faedah.

Kesannya, graduan tersebut mengambil masa bertahun-tahun untuk melangsaikan hutang pengajian tinggi.

Disebabkan hutang tersebut juga mereka cenderung menangguhkan hasrat untuk membeli aset seperti rumah dan kereta.

Namun, jika pelajar diberi peluang menyambung pengajian tinggi secara percuma, dapatlah mereka membantu merangsang ekonomi negara.

2. Melahirkan tenaga kerja mahir

Akan datang, banyak sektor pekerjaan yang memerlukan tenaga kerja kurang mahir akan digantikan dengan teknologi robot.

Walau bagaimanapun, keadaan tidak berlaku kepada peluang pekerjaan yang memerlukan tenaga kerja mahir.

Justeru, pelajar perlu menyambung pengajian di kolej supaya dapat mengasah kemahiran analitikal dan pemikiran kreatif supaya mereka dapat memenuhi keperluan syarikat yang memerlukan tenaga kerja yang lebih mahir.

3. Merapatkan jurang pendapatan

Isu utama yang menyebabkan golongan muda berkira-kira untuk menyambung pengajian di kolej adalah mereka kurang berkemampuan.

Kemiskinan tidak seharusnya menjadi batu penghalang mereka daripada meneruskan pengajian tinggi.

Hal ini disebabkan ramai orang bijak pandai datang daripada isi rumah berpendapatan rendah.

Sekiranya kerajaan mampu menawarkan pengajian percuma di kolej maka ramai orang berpeluang untuk menjadi cendekiawan.

4. Masyarakat lebih maju

Masyarakat yang berpendidikan tinggi kebiasaannya lebih maju dan mampu menyelesaikan masalah dengan baik.

Mereka juga cenderung untuk mengambil bahagian dalam politik kerana lebih memahami sejarah masyarakat.

Secara tidak langsung, sesebuah negara itu berjaya dipimpin oleh seseorang yang berilmu pengetahuan. Pemimpin tersebut juga akan membantu mengurangkan jurang kekayaan dalam lapisan masyarakat.

5.Pelajar yang mendapat pinjaman dihimpit kebimbangan

Lazimnya, semua pelajar yang mendapat pinjaman pendidikan wajib membayar semula dana tersebut apabila bekerja kelak.

Ini menyebabkan mereka yang sedang menuntut di kolej hidup dalam kebimbangan kerana mereka terperangkap tentang cara membayar balik hutang pengajian tersebut.

Tekanan ini menyebabkan pelajar hilang tumpuan terhadap pengajian mereka.

Senarai negara yang menawarkan pengajian percuma di kolej

Banyak negara menyedari hasil positif yang diperoleh apabila menawarkan pengajian percuma itu suatu realiti.

Berikut adalah enam negara yang memberikan pendidikan percuma untuk rakyat mereka; mendapat subsidi tinggi dari kerajaan; untuk semua orang termasuklah,

1.Jerman

2.Austria (percuma untuk penduduk Eropah, biaya kos rendah untuk rakyat bukan Eropah)

3.Finland

4.Republik Czech

5.Perancis

6.Sepanyol (percuma untuk penduduk Eropah, biaya kos rendah untuk rakyat bukan Eropah)

Hakikatnya, masih banyak negara yang masih takut untuk melabur demi masa depan bangsa dengan memberikan pendidikan secara percuma kepada pelajar.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Walaupun begitu, Sinar Bestari berharap ramai golongan muda yang ingin menyambung pengajian di kolej kerana ilmu itu penyuluh kehidupan.

Sumber: University of People

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok