Untitled design (36)
Untitled design (36)

IPT tawar bidang farmasi

Norliza Wasilan
03 Oct 2022 02:07pm
A
A
A

Panduan untuk melanjutkan pengajian

Jika ditanya mengenai ubat-ubatan, tentu kebanyakan daripada kita akan mengaitkannya dengan bidang farmasi.

Mereka yang terbabit dalam bidang ini cukup pakar perihal ubat-ubatan untuk memastikan pesakit mendapat ubat yang betul dan berkesan.

Tidak dinafikan masih ada masyarakat yang beranggapan bahawa ahli farmasi hanya individu di sebalik kaunter memberi bekalan ubat kepada pesakit saja.

Persepsi itu harus segera ditepis memandangkan peranan dan tanggungjawab mereka sebenarnya lebih jauh daripada itu.

Malah, untuk memegang profesion itu pun memerlukan kelayakan akademik yang cukup cemerlang dalam aliran Sains ketika melanjutkan pengajian di universiti awam mahupun swasta.

Ahli farmasi perlu sentiasa rajin menambah ilmu membabitkan perkembangan ubat-ubatan.

Selain itu, kerjaya ini juga memerlukan ketepatan dan ketelitian yang cukup tinggi supaya ubat yang sampai kepada pesakit nanti boleh membantu merawat penyakit.

Secara tepatnya, ahli farmasi ini adalah golongan profesional yang mempunyai kepakaran berkaitan ubat-ubatan, berbanding doktor yang lebih pakar dalam mendiagnosis penyakit.

Masing-masing mempunyai kepakaran dalam memainkan peranan dan tanggungjawab untuk memastikan perkhidmatan diberikan kepada pesakit adalah yang terbaik.

Justeru, bagi keluaran kali ini, Sinar Bestari ingin berkongsi senarai institusi pengajian tinggi (IPT) yang menawarkan bidang farmasi berdasarkan Daftar Kelayakan Malaysia (MQR), Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Program Asasi

Universiti Cyberjaya

Program Asas Sains (Perubatan/Farmasi).

Diploma

Allianze University College of Medical Sciences (AUCMS).

Institut Latihan Kesihatan Angkatan Tentera (INSAN).

Kolej Antarabangsa Kejururawatan dan Sains Kesihatan KPJ Cawangan Pulau Pinang.

Kolej Antarabangsa Sains dan Teknologi Melaka (MiCoST).

Kolej Antarabangsa Teknologi & Profesional.

Kolej Cosmopoint Kota Kinabalu.

Kolej Cyberjaya Kota Kinabalu.

Kolej Global Masterskill, Ipoh.

Kolej ICAN.

Kolej Islam Sains & Teknologi.

Kolej Islam Sains dan Teknologi Cawangan Terengganu.

Kolej MAHSA Kampus Sabah.

Kolej Teknologi Pulau.

Kolej Universiti Antarabangsa PICOMS.

Kolej Universiti Geomatika.

Kolej Universiti KPJ Healthcare.

Kolej Universiti Lincoln.

Kolej Universiti Widad.

Management and Science University (MSU).

Universiti AIMST.

Universiti Antarabangsa INTI.

Universiti Kuala Lumpur Kampus Cawangan Royal College of Medicine Perak (UniKL-RCMP).

Universiti MAHSA.

Universiti Metropolitan Asia Kampus Cyberjaya.

Universiti SEGi.

Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, Cawangan Pahang Kampus Kuantan dan Cawangan Pulau Pinang Kampus Bertam.

Ijazah Sarjana Muda (Kepujian)/Sarjana Muda/Bachelor

Kolej Universiti KPJ Healthcare.

Management and Science University (MSU).

Quest International University (QIU).

Universiti AIMST.

Universiti Cyberjaya.

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM).

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) (Kuala Lumpur).

Universiti Kuala Lumpur Kampus Cawangan Royal College of Medicine Perak (UniKL-RCMP).

Universiti MAHSA.

Universiti Malaya (UM).

Universiti Metropolitan Asia Kampus Cyberjaya.

Universiti Nottingham Malaysia.

Universiti Sains Malaysia (USM) (Minden).

Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam dan Shah Alam.

Universiti UCSI.

International Medical University (IMU).

Sarjana/Ijazah Sarjana/Doktor

Universiti Cyberjaya.

Sarjana Farmasi Klinikal.

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM).

Sarjana Sains (Farmasi Industri).

Sarjana Sains Farmaseutikal (Amalan Farmasi).

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) (Kuala Lumpur).

Sarjana Farmasi Klinikal.

Sarjana Sains (Farmasi).

Universiti Nottingham Malaysia.

Sarjana Farmasi (Kepujian).

Universiti Sains Malaysia (USM) (Minden).

Sarjana Farmasi (Farmasi Klinikal).

Sarjana Sains (Farmasi Klinikal).

Sarjana Sains (Farmasi Sosial Dan Pentadbiran).

Sarjana Sains (Farmasi).

Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam.

Sarjana Amalan Farmasi.

Sarjana Farmasi Klinikal.

Sarjana Sains (Farmasi Kesihatan Umum).

Sarjana Sains (Farmasi Klinikal).

Sarjana Sains (Farmasi Komuniti).

Sarjana Sains (Farmasi Nuklear).

Sarjana Sains (Farmasi Sosial).

Sarjana Sains (Farmasi Veterinar).

Sarjana Sains (Pendidikan Farmasi).

Setiap ahli farmasi perlu sentiasa menambah ilmu.

Management and Science University (MSU).

Ijazah Sarjana Farmasi Klinikal.

Peringkat Doktor Falsafah (PHD)

Universiti AIMST.

Doktor Falsafah (Farmasi).

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM).

Doktor Falsafah Sains Farmaseutikal (Amalan Farmasi).

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) (Kuala Lumpur).

Doktor Falsafah (Farmasi).

Universiti MAHSA.

Ijazah Doktor Falsafah Farmasi.

Universiti Sains Malaysia (USM) (Minden).

Doktor Falsafah (Farmasi Klinikal).

Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam.

Doktor Falsafah (Farmasi Kesihatan Umum).

Doktor Falsafah (Farmasi Klinikal).

Doktor Falsafah (Farmasi Komuniti).

Doktor Falsafah (Farmasi Nuklear).

Doktor Falsafah (Farmasi Sosial).

Doktor Falsafah (Farmasi Veterinar).

Doktor Falsafah (Farmasi Veterinar).

Artikel berkaitan

Siti Hawa, ahli farmasi popular di media sosial

Kemahiran yang perlu ada pada ahli farmasi

3 pelajar perubatan Malaysia bakal jalani penyelidikan di Harvard


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok