PBG bantu komuniti timba ilmu berkaitan undang-undang
PBG bantu komuniti timba ilmu berkaitan undang-undang

PBG bantu komuniti timba ilmu berkaitan undang-undang

Roshlawaty Md Raieh
01 Dec 2022 02:26pm
A
A
A

Pendedahan dan kefahaman masyarakat mengenai Undang-Undang Jenayah serta Undang-Undang Keluarga Islam masih berada pada tahap sederhana.

Justeru, Pusat Bantuan Guaman (PBG), Pusat Pengajian Undang-Undang (SOL) Universiti Utara Malaysia (UUM) telah mengambil inisiatif menganjurkan program yang mendidik masyarakat celik dengan ilmu undang-undang, baru-baru ini.

Menurut Pengarah PBG, Dr Anis Shuhaiza Md Salleh, sebanyak 100 keping poster undang-undang telah diagihkan kepada orang ramai ketika berlangsungnya program itu di Padang Kawad Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES), UUM.

Rata-rata yang menerima poster tersebut melahirkan keterujaan apabila mendapat pelbagai maklumat penting berkaitan ilmu undang-undang.

Ujar Anis Shuhaiza, komuniti perlu dibekalkan dengan ilmu berkenaan bagi memudahkan mereka membuat laporan ke saluran yang tepat sekiranya berlaku kejadian tidak diingini kelak.

PBG ditubuhkan pada Oktober 2009 hasil cetusan idea mantan Peguam Negara, Tan Sri Datuk Ghani Patail di bawah kelolaan SOL yang dibuka pada 10 Jun 2010 untuk warga UUM dan masyarakat luar.

Objektif penubuhan adalah memberi khidmat nasihat dan perundingan mengenai undang-undang terutama bagi mereka yang berpendapatan rendah serta kurang berkemampuan.

Penubuhannya juga bertujuan merealisasikan misi UUM dalam memasyarakatkan universiti agar masyarakat setempat mendapat manfaat dengan penubuhan kampus tersebut.

Sementara itu, ahli jawatankuasa program yang juga pelajar Sarjana Muda Undang-Undang, Maisara Anisah Mohd Rahimi berkata, ilmu undang-undang sangat penting dalam memberi kesedaran kepada masyarakat tentang hak mereka di sisi undang-undang.

“Bila ada undang-undang, ia secara tidak langsung dapat mengawal tingkah laku masyarakat supaya tidak melakukan jenayah sesuka hati,” ujarnya.

Artikel berkaitan 

Jadikan Tatty Hassan sebagai idola, dorong Syamimi ceburi bidang perundangan

Noradlie jadikan kegigihan banduan sebagai inspirasi sambung pengajian di UUM

Tidak sangka menang anugerah kerana belajar sambil bekerja, graduan UUM rangkul MICPA Gold Medal Award


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok