portal-msu
portal-msu

Pencapaian MSU bertaraf dunia

Mariatul Qatiah Zakaria
25 Apr 2022 05:10pm
A
A
A

SHAH ALAM - Management and Science University (MSU) meneruskan pencapaian cemerlangnya dalam landskap pendidikan tinggi dunia apabila disenaraikan dalam kalangan universiti terbaik di dunia menerusi keputusan kedudukan terkini Quacquarelly Symonds (QS) World University Rankings (WUR) by Subject 2022.

Pencapaian ini membuktikan keberkesanan usaha penjenamaan MSU sebagai universiti yang mengutamakan penawaran program pengajian berkualiti yang memenuhi keperluan semasa industri global.

Aspek lain termasuk dalam menjana graduan yang mempunyai personaliti seimbang, holistik dan kompeten serta mencapai tahap tertentu di peringkat antarabangsa.

Bagi QS WUR by Subject 2022, MSU diiktiraf sebagai peneraju bagi disiplin Art and Design mengikut kategori subjek Art & Humanities apabila disenaraikan pada ranking ke-151 sehingga 200 di dunia dan pertama di Malaysia.

Sementara bagi disiplin Social Sciences & Management mengikut kategori subjek Hospitality & Leisure Management pada kedudukan ke-101 sehingga 150 di dunia dan kelima di Malaysia.

Turut disenaraikan bagi disiplin yang sama iaitu subjek Business & Management Studies, MSU menduduki ranking ke-451 sehingga 500 di dunia serta dalam kalangan 10 terbaik di Malaysia.

Secara keseluruhannya QS WUR by Subject 2022 melibatkan penilaian ke atas 51 subjek menerusi lima disiplin pengajian iaitu Art & Humanities, Engineering & Technology, Life Sciences & Medicine, Natural Sciences dan Social Sciences & Management.

Penilaian QS WUR by Subject 2022 menggunakan empat komponen indikator termasuklah reputasi akademik, reputasi majikan, sitasi fakulti serta indeks-H.

Pengiktirafan ini membuktikan keberkesanan kualiti pembelajaran dan pengajaran yang diperkasakan dengan hubungan erat bersama lebih 1,700 rakan industri menerusi University Industry Advisory Panel (UIAP).

Kerjasama pintar ini menyaksikan setiap graduan yang dilahirkan memenuhi keperluan semasa industri. Kolaborasi serta kerjasama MSU bersama lebih 40 negara di seluruh dunia pula menyediakan platform terbaik kepada semua pelajar MSU untuk mendapat pendedahan mobiliti antarabangsa melalui Global Mobility Programme (GMP), Global Leadership Programme (GLP) dan Global Internship Programme (GIP).

Selain aspek kerjasama pintar dengan rakan industri dan pengantarabangsaan, misi MSU dalam memperkasakan pembangunan modal insan turut merangkumi penekanan kepada aspek kebolehpasaran, keusahawanan, jalinan komuniti serta disokong oleh penyelidikan, pembelajaran sepanjang hayat, serta pendidikan fleksibel.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok