UITM-ROAR-SINARBESTARI-2023 (1)
UITM-ROAR-SINARBESTARI-2023 (1)

Program Readersaurous Roar dedah murid tentang teknologi realiti pengantara

nadzarul.amir
07 Jan 2023 01:19pm
A
A
A

Seramai 116 murid berpeluang mendekati teknologi realiti pengantara (Augmented Reality) dalam program Readersaurous Roar yang didadakan di Sekolah Kebangsaan (SK) Setia Alam, Selangor baru-baru ini.

Ketua Pengarah program, Shariiful Akhmar Nazrul berkata, penggunaan teknologi berkenaan dapat memberi perspektif baharu memupuk minat membaca buku dalam kalangan murid-murid.

"Dengan menggunakan aplikasi arloopa, buku-buku konvensional bergambar akan kelihatan lebih menarik apabila dipadankan teknologi tiga dimensi (3D).

"Ia sekali gus memberi pengalaman digital dan interaktif kepada murid-murid melalui paparan skrin laptop ataupun telefon pintar," katanya kepada Sinar Bestari.

Pendekatan Augmented Reality (AR) untuk menarik minat murid-murid membaca buku.

Program berkenaan disertai para murid Tahap Dua dan Tiga dikendalikan 34 fasiliator jurusan Information System Management Universiti Teknologi MARA (UiTM) kampus Puncak Perdana, Selangor.

Hadir sama Guru Besar SK Setia Alam, Mohd Fadzli Abdul Rahman dan Ketua Pusat Pengajian Pengurusan Perpustakaan, Fakulti Pengurusan Maklumat UiTM kampus Puncak Perdana merangkap Pensyarah penasihat Program, Dr A'dillah Mustafa.

Shariiful Akhmar menambah, program berkenaan turut memberi pendedahan kepada para guru untuk mendalami teknologi Augmented Reality.

Katanya, para guru boleh mencuba pendekatan Augmented Reality untuk menarik minat murid-murid membaca buku kerana aplikasi arloopa didatangkan paparan yang mesra pengguna.

Program Readersaurous Roar turut menjalankan aktiviti-aktiviti menarik seperti kuiz, membaca, pertandingan mengeja dan lain-lain.

"Program yang mengambil masa selama hampir tiga minggu untuk dilaksanakan adalah sebagai 'jambatan' mendekati komuniti setempat terutama sekolah-sekolah dengan UiTM.

"Pandemik Covid-19 yang melanda baru-baru ini telah membataskan program-program komuniti. Program ini merupakan permulaan untuk kembali bersama komuniti setempat," ujarnya.

Tuturnya, program Readersaurous Roar turut menjalankan aktiviti-aktiviti menarik seperti kuiz, membaca, pertandingan mengeja dan lain-lain.

Shariiful Akhmar berharap lebih banyak program-program komuniti dapat dilaksanakan untuk memberi pengalaman baharu kepada para pelajar UiTM.

Artikel berkaitan

Pengacara popular, Hawa Rizwana akhirnya berjaya menamatkan pengajian sarjana di UiTM, tahniah!

Manfaatkan cuti sekolah, PPIM UiTM anjur Program Canva

Pelajar UiTM Shah Alam dinobat Ikon Wanita Melayu 2022


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok