hari-radiografi-sedunia
hari-radiografi-sedunia

44 murid SK Abdul Samat teruja sertai sambutan Hari Radiografi Sedunia

Adlan Farhan Azwan
16 Nov 2022 08:55am
A
A
A

Seramai 44 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Abdul Samat, Kapar, Selangor yang diiringi oleh enam orang guru telah memenuhi jemputan Persatuan Pelajar Pengimejan Perubatan (MISA), Fakulti Sains Kesihatan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Puncak Alam bagi sambutan Hari Radiografi Sedunia 2022 pada 10 November lalu.

Pelbagai pengisian aktiviti menarik berbentuk explorace telah disusun oleh pelajar MISA untuk manfaat kesemua murid-murid yang mengikuti lawatan ini.

Sepanjang program berlangsung, murid-murid telah didedahkan dengan kesedaran mengenai radiasi selain menikmati suasana pembelajaran di sekitar fakulti dengan meninjau beberapa tempat antaranya makmal X-Ray dan makmal Ultrasound.

Murid-murid dapat melihat cara penggunaan pelbagai alatan yang terdapat di Fakulti Sains Kesihatan UiTM Puncak Alam

Lebih menarik lagi apabila murid-murid berpeluang mencuba sendiri peralatan-peralatan yang terdapat dalam makmal tersebut dengan bimbingan dan tunjuk ajar para pelajar MISA dan beberapa pensyarah yang terlibat.

Selain itu, beberapa permainan bahasa Inggeris di setiap stesen explorace turut diselitkan untuk meningkatkan pengetahuan murid-murid dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dan Bahasa Inggeris.

Menurut Guru Besar SK Abdul Samat, Cikgu Khairawati Abd Hanif, beliau menyifatkan program seumpama ini sedikit sebanyak berhasil untuk membuka mata murid untuk meninjau sendiri kehidupan sebenar di universiti dan lihat sendiri kehidupan sebenar di universiti.

Barisan guru-guru dari SK Abdul Samat, Kapar bersama wakil daripada Fakulti Sains Kesihatan UiTM Puncak Alam.

“Program yang dijalankan MISA UiTM Puncak Alam mampu memberi gambaran mengenai kehidupan sebenar seorang pelajar di universiti.

“Saya berharap murid-murid akan mendapat inspirasi untuk melanjutkan pengajian hingga ke peringkat universiti kelak,” katanya kepada Sinar Bestari, baru-baru ini.

Beliau hadir bagi memeriahkan program ini bersama-sama Penolong Kanan Kokurikulum SK Abdul Samat, Cikgu Azrina Hadzman.

Setelah selesai aktiviti-aktiviti di Fakulti Sains Kesihatan, murid-murid turut dibawa ke Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) yang cukup moden dan canggih.

Di sini, murid-murid telah dibawa melawat setiap aras perpustakaan dan pada masa yang sama mengadakan majlis penutup di Bilik Seminar PTAR.

Sesi penerangan yang dilakukan oleh pelajar Persatuan Pelajar Pengimejan Perubatan (MISA).

Dalam pada itu, penasihat program dan mewakili Fakulti Sains Kesihatan UiTM Puncak Alam, Lyana Shahirah Mohamad Yamin berkata, program kolaborasi dengan pihak sekolah sebegini perlu diperbanyakkan lagi pada masa akan datang.

“Program sebegini memberi pendedahan baru memandangkan mereka masih di bangku sekolah yang dilihat memberi pelbagai manfaat.

“Saya berharap generasi hari ini akan terus diterapkan dengan nilai-nilai dalam menghargai ilmu yang mana akan membantu sebagai salah satu panduan hidup,” ujarnya.

Artikel berkaitan

Murid SK Bandar Seri Putra timba pengalaman berharga menerusi latihan praktikal bahan kitar semula

Program #SchoolTourSPM bantu persediaan 160 pelajar duduki peperiksaan SPM

10 tip menyiapkan kerja sekolah cara Cikgu Ziera


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan