ptti-spm
ptti-spm

Program #SchoolTourSPM bantu persediaan 160 pelajar duduki peperiksaan SPM

Adlan Farhan Azwan
06 Oct 2022 11:56am
A
A
A

Lebih 160 pelajar Tingkatan Lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Clifford, Kuala Lipis, Pahang telah menyertai Program #SchoolTourSPM anjuran PTTI sebagai persiapan bagi menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman, pihaknya telah dijemput oleh Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Lipis, Kuala Lipis untuk berkongsi bersama lebih 160 pelajar SPM mengenai tip dan strategi skor A dalam subjek Kimia.

“Ia merupakan inisiatif daripada guru kimia Sekolah Menengah Kebangsaaan (SMK) Clifford, Cikgu Husaini Ahmad dan disokong penuh oleh semua guru kimia di Daerah Lipis.

“Mereka teruja dapat berjumpa kerana selama ini hanya menonton video yang saya kongsikan untuk membantu meningkatkan pemahaman pelajar yang bakal menduduki SPM,” katanya dalam satu kenyataan, baru-baru ini.

Siti Farhana ketika berkongsi tips menjawab soalan subjek kimia.

Dalam pada itu, Siti Farhana juga berkata, program #SchoolTourSPM bakal diteruskan di beberapa lagi sekolah dalam negara tidak lama lagi.

“PTTI percaya dengan kerjasama pihak sekolah di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) bersama pihak swasta dapat meningkatkan lagi prestasi pelajar menjelang SPM dengan sasaran lebih 60 peratus pelajar lulus dan mendapat sekurang kurangnya 5A dan ke atas.

Siti Farhana bersama salah seoang guru kimia PPD Lipis.

“Kami melihat kepada potensi generasi sekarang mampu dipupuk dengan penggunaan teknologi interaktif yang membantu merangsang minat secara mendalam terutamanya dalam bidang STEM dan inovasi teknologi baru,” katanya.

Sebelum ini, seramai 96 pelajar SPM 2021 yang mengikuti pembelajaran dan latihan disediakan PTTI memperoleh semua A berbanding 34 pelajar pada 2020 dengan menyaksikan peningkatan sebanyak 188 peratus.

Artikel berkaitan

CEDS hasilkan We-SET, bantu lepasan SPM pilih program diploma di UTHM

Guru Cemerlang kongsi jalan pintas skor A+ Kimia SPM 2022

Pelajar cemerlang SPM ini realisasi hajat arwah ibu untuk jadi doktor


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok