final ubah usai bilik guru
final ubah usai bilik guru

Sanggup korbankan cuti seminggu, hasil ubah suai Cikgu Shahrizal setaraf pereka dalaman profesional

Adlan Farhan AzwanAdlan Farhan Azwan
13 Jun 2022 04:33pm

Dekorasi atau pengubahsuaian sesuatu ruang mampu memberi kesan terhadap emosi dan kesihatan mental seseorang.

Menurut satu kajian daripada Mental Health Foundation, banyak teknik dan pendekatan reka bentuk pengubahsuaian telah terbukti dapat mengurangkan tekanan dan kemurungan.

Khususnya di sekolah, bilik guru merupakan antara ruang yang perlu diberi perhatian. Jika guru dapat bekerja di dalam ruang yang disediakan dengan tenang, proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) di dalam kelas dapat dijalankan dengan lancar.

Namun, ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan. Hal ini kerana pelbagai persiapan perlu dibuat terlebih dahulu di samping kos yang perlu ditanggung.

Apabila semua guru dan kakitangan sekolah berganding bahu sama ada dalam bentuk tenaga atau wang ringgit dalam menaiktaraf persekitaran sekolah, ia pasti akan dapat memberi impak yang positif terhadap proses pembelajaran murid-murid di dalam kelas.

Oleh itu, seorang guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kulai Besar, Kulai, Johor, Cikgu Shahrizal Sha'ari telah mengambil inisiatif untuk melakukan pengubahsuaian bilik guru sekolahnya.

Apa yang menarik adalah, hasil yang dilakukan oleh beliau amat mengagumkan sehinggakan ada yang menganggap bahawa bilik tersebut telah diubah suai oleh pereka dalaman profesional.

Menurutnya, beliau telah diberikan masa selama satu minggu semasa cuti persekolahan baru-baru ini untuk menyiapkan dekorasi dan ubah suai ruangan itu.

“Alhamdulillah, bilik yang bos suruh siapkan sudah siap. Korban cuti seminggu, tetapi hasilnya sangat puas hati dan membanggakan,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook milik beliau.

Dalam pada itu, Cikgu Shahrizal turut memaklumkan bahawa semua kos yang yang digunakan untuk mengubah suai bilik tersebut merupakan hasil daripada penjualan majalah sekolah dan dibantu oleh beberapa rakan guru yang lain.

Berikut adalah antara gambar perkongsian beliau dalam perjalanannya mengubah suai bilik guru SMK Kulai Besar, Kulai.

Sumber: Facebook Shahrizal Sha'ari

Artikel berkaitan

“Saya sanggup tolong datang mengecat cikgu, demi murid-murid sekolah kita walaupun tiada upah cikgu.” - Ngatiman

Sekolah lain dekorasi dalam bilik, tapi SMK Rawang hias luar bilik. Kreatif sungguh cikgunya!

Bermodalkan RM500, guru besar cetus idea majlis graduasi luar biasa


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp
Artikel Disyorkan