Haryati Akmal (kanan) antara wanita yang berjaya memecah stereotaip dalam Kejuruteraan Bioperubatan dek mempunyai minat, kesungguhan dan keinginan untuk terus belajar.
Haryati Akmal (kanan) antara wanita yang berjaya memecah stereotaip dalam Kejuruteraan Bioperubatan dek mempunyai minat, kesungguhan dan keinginan untuk terus belajar.

Alumni KKTM Ledang kini Eksekutif Kejuruteraan Bioperubatan. 'Tiada halangan untuk pelajar wanita ceburi bidang ini'

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
16 Apr 2025 03:17pm

Bekas pelajar Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) Ledang, Johor, Haryati Akmal Borhan antara wanita yang berjaya memecah stereotaip dalam bidang Kejuruteraan Bioperubatan iaitu satu bidang dianggap hanya sesuai untuk golongan lelaki.

Berbekalkan semangat, minat mendalam dan keinginan untuk terus menimba ilmu, dia menerima tawaran menyambung pengajian ke peringkat Ijazah dalam bidang Kejuruteraan Bioperubatan di Flinders University, Australia sekali gus membuka lebih banyak peluang dalam bidang yang mencabar ini.

Usai pengajian, Haryati Akmal berkhidmat sebagai Eksekutif Kejuruteraan Bioperubatan di sebuah pusat perubatan terkemuka di Malaysia.

Menurut beliau, ramai beranggapan Kejuruteraan Bioperubatan hanya tertumpu kepada pengurusan dan penyelenggaraan peralatan di hospital.

No Image Caption

Namun hakikatnya, bidang ini jauh lebih luas dan merangkumi pelbagai cabang lain termasuk penyelidikan saintifik, pembangunan teknologi baharu dalam perubatan serta inovasi kesihatan yang memberi impak besar kepada kesejahteraan manusia.

"Tiada halangan untuk wanita menceburi bidang ini. Apa yang penting adalah minat, kesungguhan dan keinginan untuk terus belajar," kata Haryati Akmal seperti dipetik menerusi laman Facebook KKTM Ledang pada Sabtu.

Terdahulu, Kejuruteraan Bioperubatan ialah satu cabang kejuruteraan yang menggabungkan prinsip kejuruteraan dengan sains biologi dan perubatan bagi tujuan penjagaan kesihatan.

Artikel Berkaitan:

Ia melibatkan reka bentuk, pembangunan dan penyelenggaraan teknologi serta peralatan perubatan untuk digunakan dalam diagnosis, rawatan dan pemulihan pesakit.

Haryati Akmal
Haryati Akmal

Dengan kemajuan pesat teknologi kesihatan, permintaan terhadap jurutera dan juruteknik bioperubatan semakin meningkat.

Ini menjadikan bidang berkenaan sebagai salah satu prospek kerjaya penting untuk sesiapa sahaja yang berani mencuba, tanpa mengira jantina.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp