Kamal Zuhairi (dua dari kiri) program Chinese New Year Cultural 2023 di Dewan Serbaguna UMP, Pekan, Pahang. baru-baru ini.
Kamal Zuhairi (dua dari kiri) program Chinese New Year Cultural 2023 di Dewan Serbaguna UMP, Pekan, Pahang. baru-baru ini.

Penguasaan bahasa Mandarin mampu dekati budaya masyarakat Cina

Menguasai beberapa bahasa merupakan antara kelebihan kepada para pelajar apabila melangkah ke alam pekerjaan.

14 Feb 2023 05:53pm

Menguasai beberapa bahasa merupakan antara kelebihan kepada para pelajar apabila melangkah ke alam pekerjaan.

Pelajar-pelajar bukan sahaja dapat berkomunikasi dengan lebih baik malah mampu mengenali budaya baharu dengan lebih dekat melalui pembelajaran bahasa asing.

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Malaysia Pahang (UMP), Profesor Dr Kamal Zuhairi Zamli berkata, penguasaan bahasa asing akan meningkatkan nilai dan kelebihan seseorang seterusnya mampu bersaing dalam pasaran global.

"Sebagai sebuah universiti teknikal, penguasaan pengetahuan dalam bidang teknikal sahaja tidak mencukupi.

"Justeru, UMP menawarkan kursus bahasa asing termasuk bahasa Mandarin kepada para pelajar untuk melahirkan modal insan berdaya saing di peringkat antarabangsa,"katanya yang merasmikan program Chinese New Year Cultural 2023 di Dewan Serbaguna UMP, Pekan, Pahang. baru-baru ini.

Hadir sama dalam program berkenaan ialah Kaunselor Pendidikan Kedutaan China di Malaysia, Zhao Changtao, Pengarah Confucius Institute (Malaysia) Yong Ying Mei dan Pengarah Confucius Institute (China), Profesor Madya Dr Wang Haiyan.

Beliau menjelaskan, pembelajaran dan penguasaan bahasa Mandarin bukan semata-mata untuk berkomunikasi malah untuk memahami kebudayaan Cina.

Katanya, bahasa Mandarin kini merupakan antara bahasa yang popular digunakan di dunia malah turut menjadi medium komunikasi di peringkat antarabangsa.

Artikel Berkaitan:

Program Chinese New Year Cultural 2023 diadakan dalam mengukuhkan persahabatan dalam kalangan semua etnik para pelajar UMP termasuk Kolej Profesional Majlis Amanah Rakyat (MARA) sempena sambutan Tahun Baru Cina.

Ia turut menawarkan pelbagai aktiviti menarik termasuk kaligrafi Cina, seni gunting kertas, persembahan muzik traditional Cina, pemakaian pakaian tradisional dan demostrasi penyediaan ladu (dumpling) dan sepak bulu ayam.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp