Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin (tengah) sebelum pelepasan peserta International Songket Run 3.0 di MSU, Shah Alam, Selangor, baru-baru ini.
Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin (tengah) sebelum pelepasan peserta International Songket Run 3.0 di MSU, Shah Alam, Selangor, baru-baru ini.

International Songket Run 3.0 MSU perkasa seni songket

NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM
25 Feb 2023 02:38pm
A
A
A

Management and Science University (MSU) memperkasa seni songket dengan penganjuran International Songket Run 3.0 di MSU, Shah Alam, Selangor, baru-baru ini.

Larian sejauh lima kilometer (km) dan 10 km (secara maya) di sekitar Seksyen 13 itu membabitkan penyertaan kira-kira 5,000 peserta merangkumi pelbagai peringkat umur serta bangsa termasuk mahasiswa antarabangsa MSU yang memadankan pelbagai motif songket.

Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin selaku penaung International Songket Run berkenan menyempurnakan larian tersebut.

Presiden MSU, Profesor Tan Sri Dr Mohd Shukri Ab Yajid berkata, larian edisi ketiga itu diadakan semula selepas terhenti selama tiga tahun akibat pandemik Covid-19.

"International Songket Run 3.0 bertujuan memberi pendedahan kepada komuniti mengenai kepentingan menghargai warisan songket sama ada dari aspek busana, kraftangan dan kebudayaan.

"Ia turut bermatlamat untuk menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SD), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) merangkumi perlaksanaan 17 matlamat utama bagi pembangunan manusia sejagat, khususnya SDG3: Good Health and Well-Being; SDG 11: Sustainable Cities and Communities dan SDG17: Partnership for Goals," katanya.

Artikel Berkaitan:

Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin selaku penaung International Songket Run berkenan menyempurnakan larian tersebut.
Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin selaku penaung International Songket Run berkenan menyempurnakan larian tersebut.

Hadir sama, Naib Canselor MSU Profesor Puan Sri Dr Junainah Abd Hamid.

Beliau berkata, edisi pertama International Songket Run dianjurkan pada 2018 dan edisi kedua pada 2019 mencipta sejarah tersendiri apabila mendapat pengiktirafan Malaysia Book Of Records (MBR).

Mohd Shukri menambah, penganjuran siri pertama mendapat pengiktirafan 'The Largest Number of People Wearing or Having Songket Elements As Part of Their Dressing (4,878 peserta) manakala pada siri 2019, 'The Largest Participation In A Songket Running Event' (4,868 peserta).

Mohd Syahidan lengkap berbaju Melayu menjuarai Songket Run 3.0.
Mohd Syahidan lengkap berbaju Melayu menjuarai Songket Run 3.0.

Sementara itu, juara International Songket Run 3.0, Mohd Syahidan Alias, 35, berkata, dia bersyukur kerana penampilan sulung dalam larian tersebut membuahkan hasil.

"Larian ini merupakan pemanas badan sebelum menyertai kejohanan maraton di London, United Kingdom pada April nanti.

"Pada kejohanan tersebut, saya akan berlari sejauh 42 km memadankan baju Melayu lengkap bersongkok dan kain samping untuk mempromosi serta memartabatkan seni negara di mata dunia," katanya yang merupakan mahasiswa jurusan Bachelor in Education MSU.

Sesi pemanas badan Songket Run 3.0 yang diadakan sebelum larian.
Sesi pemanas badan Songket Run 3.0 yang diadakan sebelum larian.

Mengulas mengenai larian memadankan busana lengkap baju Melayu, lelaki berasal dari Ampang, Selangor, itu berkata, agak kurang selesa berikutan cuaca agak panas tetapi sokongan warga MSU menjadi pembakar semangat menamatkan larian.

Mohd Syahidan berkata, kejohanan maraton di London merupakan penyertaan maraton ke-35 dan berharap dapat melakar keputusan terbaik.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok