
BNPL: Manfaat atau beban?
Buy Now, Pay Later (BNPL) menjadi popular di dalam kalangan pengguna dalam kalangan golongan belia ataupun dewasa muda.
Ini kerana lebih daripada 50% pembeli dalam talian di Malaysia adalah golongan muda iaitu trend yang mana perkembangan pesat teknologi dan infrastruktur.
Beli dulu, bayar kemudian ataupun yang dikenali sebagai Buy Now Pay Later bermaksud perkhidmatan akan membantu pengguna mendapatkan barangan ataupun perkhidmatan dengan kadar yang segera serta bayaran yang dapat dilakukan adalah secara ansuran tanpa faedah dikenakan dalam tempoh masa yang tertentu.
Secara ringkasnya, perkhidmatan tersebut akan dibeli dulu lalu dibayar kemudiannya. Walau Bagaimanapun, di sebalik kemudahannya, BNPL turut menimbulkan sebuah persoalan yang besar iaitu adakah ianya akan menjadi manfaat ataupun hanya menjadi sekadar beban kewangan dalam jangka masa yang panjang bagi pengguna perkhidmatan?
Manfaat BNPL adalah 0 peratus kadar faedah ansuran iaitu kadar faedah atas pinjaman ataupun pembelian yang dilakukan tidak perlu dibayar oleh pengguna, ini bermaksud pengguna tersebut hanyalah membayar harga sebenar barangan itu tanpa bayaran tambahan yang dikenakan ke atas barangan atau perkhidmatan yang telah dibeli.
Tambahan itu, kebanyakan penyedia BNPL menawarkan pelan ansuran tanpa faedah jika bayarannya tepat pada masanya sehingga menjadikannya alternatif yang lebih menarik dibandingkan pinjaman konvensional.
Sebagai contoh, pengguna tidak mempunyai rasa terbeban apabila mengeluarkan pembayaran untuk keperluan itu secara penuh kerana BNPL mempunyai kemudahan yang mana membayar secara ansur-ansur namun dengan cara bulanan tanpa faedah.
Antara manfaat BNPL iaitu membahagikan pembayaran yang mana pengguna akan bebas untuk membahagikan jumlah pembayaran untuk pembelian terhadap bayaran secara bulanan ataupun bayaran berkala lebih kecil dalam tempoh masa yang agak panjang.
Sebagai contoh, pengguna boleh membahagikan perbelanjaan tanpa berkeperluan membayar dalam jumlah yang besar pada masa yang sama terutamanya barangan keperluan yang mempunyai harga yang tinggi seperti peranti elektronik.
Platform e-Dagang salah satunya Shopee akan menilai had kredit bagi setiap pengguna yang melakukan pembelian ke atas platform tersebut, ini untuk menjamin setiap pembelian yang dilakukan oleh pengguna dahulu lalu dibayar kemudian akan mengikut kesesuaian dengan kemampuan pengguna perkhidmatan tersebut.
Selain daripada itu, pembayaran BNPL akan dilakukan secara automatik dengan cara membantu mengurangkan keperluan pengguna mengingati tarikh ataupun melakukan pembayaran secara manual bagi setiap bulan.
Ini bermaksud pembayaran pengguna untuk perkhidmatan BNPL akan ditolak secara automatik tanpa perlu menggunakan pembayaran secara manual.
Hal ini kerana apabila pengguna menggunakan perkhidmatan ini, sistem akan memotong bayaran mengikut tarikh yang telah ditetapkan oleh penyediaan perkhidmatan BNPL.
Bagi pembayaran perkhidmatan tersebut, pengguna perlu masukkan akaun bank, kad debit ataupun e-dompet semasa melakukan pendaftaran perkhidmatan BNPL, apabila tarikh yang sepatutnya dibayar, sistem akan automatik melakukan penolakan duit dalam bank berdasarkan jumlah ansuran yang pengguna telah dipersetujui. Oleh sebab itu, pembayaran perkhidmatan yang dilakukan akan lebih memudahkan pengguna.
Walaubagaimana pun, BNPL turut mempunyai beban dan risiko iaitu pengguna lebih terdorong menggunakan perbelanjaan yang impulsif iaitu kemudahan bayar kemudian', ini menyebabkan pengguna akan membeli barangan di luar kemampuan pengguna yang sebenar.
Pengguna perkhidmatan ini akan lebih cenderung membeli dulu baru melakukan bayaran di kemudian nanti dengan berulang kali hinggakan berkemungkinan pengguna telah pun terjebak dengan kitaran hutang yang telah berlanjutan seandainya pengguna tidak mengawal penggunaan perkhidmatan ini dengan lebih baik.
Hal ini kerana pengguna akan mengulang perkhidmatan yang digunakan sehingga menyebabkan jumlah hutang dibayar telah pun meningkat dari semasa ke semasa.
Walaupun jumlah ansuran kelihatannya nampak sedikit, namun begitu pengumpulan beberapa pelan daripada perkhidmatan BNPL dengan serentak boleh mengakibatkan terjadinya tekanan kewangan sehingga hutang yang kecil bertambah sedikit demi sedikit lalu pengguna akan melebihi had kemampuan pembayarannya.
Pengguna BNPL yang menggunakan perkhidmatan pembayaran dalam tempoh bayaran balik agak singkat yang mana mereka perlu memastikan bahawa kedudukan kewangan pengguna berada di tahap yang baik dan mempunyai komitmen selari dengan syarat yang telah ditetapkan oleh penyedia perkhidmatan BNPL.
Apabila pengguna merasakan waktu pembayaran perkhidmatan itu singkat, sebaiknya pertimbangkan jika ingin menggunakan perkhidmatan tersebut. Ini kerana ada sebahagian perkhidmatan tersebut yang mengenakan denda dan caj yang secara tersembunyi.
Oleh itu, pengguna yang melewatkan bayaran boleh dikenakan caj penalti yang agak tinggi sekali gus menjejaskan skor kredit.
Oleh itu, apabila pengguna tidak mempunyai sebarang kesedaran kewangan yang mencukupi, maka pengguna akan lebih mudah terperangkap di dalam kitaran hutang yang banyak.
Terdapat beberapa perkara yang perlu dinilai terlebih dahulu sebelum individu itu mengambil perkhidmatan beli dulu, bayar kemudian. Antaranya adalah keadaan kewangan semasa.
Jika individu tersebut mempunyai masalah kewangan dari segi pembayaran bil serta komitmen yang sedia ada namun tidak mempunyai sebarang tabungan kecemasan, maka elakkanlah menggunakan perkhidmatan BNPL sebagai sumber kewangan bagi membeli barangan ataupun perkhidmatan.
Selain daripada itu, perbelanjaan pengguna janganlah melebihi kemampuan tersendiri kerana BNPL dapat memberikan dorongan untuk berbelanja melebihi kemampuan individu tersebut, bukan itu sahaja pengguna hanya akan menganggap pembeliannya jumlah yang kecil hingga tidak akan menjejaskan kewangan pengguna perkhidmatan beli dulu, bayar kemudian.
Sebagai contoh, bayaran ansuran yang serendah RM15 sebulan akan menjadi RM150 jika pengguna membeli lebih daripada 10 barang.
Oleh sebab itu, penggunaan BNPL hanyalah sesuai untuk membeli barangan yang diperlukan sahaja seperti tilam, barangan perubatan, barangan berkaitan pekerjaan ataupun sekolah.
Pengguna perkhidmatan harus mengingati bahawa BNPL adalah hutang yang dibayar secara ansur-ansur dalam tempoh masa tertentu.
Hal ini demikian kerana pengguna yakin dapat membeli barangan yang diinginkan haruslah ingat bahawa BNPL itu adalah hutang yang sebenarnya pengguna melakukan bayaran lebih daripada harga sebenarnya.
Justeru itu, pengguna yang mempunyai wang tunai sewajarnya menggunakan wang itu terlebih dahulu dan elakkan membeli barangan yang tidak diperlukan hanya disebabkan pengguna dapat menggunakan perkhidmatan tersebut.
Selain daripada itu, pengguna sewajarnya memilih pelan perkhidmatan yang mempunyai caj paling terendah dalam perkhidmatan tersebut, ini akan dapat membantu pengguna untuk membeli harga dengan barangan yang paling hampir dengan harga sebenar barang ataupun perkhidmatan yang ingin dibeli.
Pemilihan pelan ini penting kerana pengguna perkhidmatan mempunyai risiko berkemungkinan membayar denda jika pengguna gagal membayar bayaran tersebut tepat pada masanya.
Oleh itu, sebelum ataupun semasa melakukan pembelian barangan, pengguna sewajarnya menetapkan fikiran bahawa ini komitmen dalam jangka masa yang agak panjang.
Secara keseluruhannya, BNPL bukanlah sesuatu yang sepenuhnya baik ataupun buruk. ianya merupakan alat kewangan yang boleh menjadi manfaat jika digunakan dengan lebih berhemah, namun begitu boleh ditukar menjadi beban untuk seseorang sekiranya pengguna menyalahgunakan perkara tersebut.
Oleh itu, pengguna BNPL perlulah menilai kemampuan kewangan, lebih memahami terma-terma dalam perkhidmatan, dan mengamalkan disiplin perbelanjaan agar tidak mudah terperangkap di dalam hutang jangka masa yang panjang.
Maklumat penulis:
1. Mahasiswa Tahun akhir Sarjana Muda Pengurusan Pengajian Polisi) dengan Kepujian Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Nurafsalnizah Hamzah
2. Penyelaras Kursus Perancangan dan Pembangunan Ekonomi Malaysia UMT, Jaharudin Padli
Ringkasan AI
- Buy Now, Pay Later (BNPL) menjadi popular di kalangan golongan muda di Malaysia kerana membolehkan pembelian segera tanpa faedah jika bayaran dibuat tepat pada masa
- Manfaat utama BNPL adalah pembayaran ansuran tanpa faedah yang memudahkan pembayaran untuk barangan dengan harga tinggi seperti peranti elektronik
- Pembayaran BNPL dilakukan secara automatik dari akaun bank, kad debit, atau e-dompet yang mengurangkan keperluan pengguna untuk mengingati tarikh bayaran
- Risiko utama BNPL adalah mendorong perbelanjaan impulsif yang boleh menyebabkan pengguna terperangkap dalam hutang jangka panjang
- Sebelum menggunakan BNPL, pengguna harus menilai keadaan kewangan mereka dan memilih pelan dengan caj terendah untuk mengelakkan denda atas kelewatan pembayaran