Sebahagian peserta yang mengikuti Colour Run di Kampung Gadek. Gambar kecil: Azmal Rizal Akmal.
Sebahagian peserta yang mengikuti Colour Run di Kampung Gadek. Gambar kecil: Azmal Rizal Akmal.

Colour Run: Penghubung mahasiswa dan masyarakat

30 Jan 2024 09:00am

Baru-baru ini, mahasiswa Kelab Futsal Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Melaka, Kampus Bandaraya Melaka menganjurkan aktiviti Colour Run di Kampung Gadek, Alor Gajah, Melaka.

Lebih 500 peserta mengikuti program tersebut yang dikendalikan 25 urusetia dalam kalangan mahasiswa semester 3.

Colour Run adalah aktiviti larian sejauh lima kilometer dalam kawasan Kampung Gadek. Ia antara bentuk program yang makin popular dalam kalangan masyarakat kita.

Sepanjang larian, para peserta berpeluang melihat landskap bukit-bukau dan sawah padi yang sangat cantik dan menenangkan.

Mereka sempat merakam gambar sebagai kenangan untuk dimuat naik di platform media sosial masing-masing.

Sementara itu, Colour Run bertujuan mendidik masyarakat tentang kebaikan larian dan senaman.

Aktiviti mudah ini dapat diamalkan sesiapa sahaja untuk mengeluarkan toksin melalui kaedah perpeluhan.

Individu yang sering melakukan aktiviti sebegini akan memperoleh banyak kebaikan seperti tubuh badan dan minda yang sihat, wajah berseri, fokus dan produktiviti meningkat ketika belajar ataupun bekerja.

Artikel Berkaitan:

Tambahan lagi, masyarakat sering meletakkan senaman atau larian dalam jadual harian mereka dengan objektif menurunkan berat badan.

Berlari terbukti dapat melangsingkan badan kerana ia aktiviti aerobik yang cepat membakar kalori.

Sungguhpun begitu, masih ramai yang terlepas pandang keburukan berlari dengan perut yang kosong dek kerana mahu cepat menurunkan berat badan.

Sebenarnya, aktiviti larian perlu diikuti dengan pengambilan makanan yang sihat.

Misalnya, intipati program ini menekankan tentang pentingnya ‘warm up’ sebelum bersukan.

Sebelum Colour Run dimulakan, para peserta akan membuat aktiviti memanaskan badan seperti senamrobik bersama-sama urusetia program.

Warm up merangsang penambahan oksigen dalam tubuh dan mengaktifkan pengeluaran hormon yang akan membantu proses penyaluran tenaga ke bahagian otot.

Memanaskan badan sebelum berlari dapat mengelakkan sakit yang mencucuk pada dada atau cepat letih akibat tidak memanaskan badan sebelum larian.

Maklumat Penulis

1) Mahasiswa UiTM Cawangan Melaka, Kampus Bandaraya Melaka, Azmal Rizal Akmal Kamarolzaman

2) Pensyarah Kanan, Fakulti Pengurusan Perniagaan UiTM Cawangan Melaka, Kampus Bandaraya Melaka, Dr Siti Daleela Mohd Wahid

Berbakat dalam bidang penulisan? Apa kata anda sumbangkan hasil karya ke e-mel sinarbestari@sinarharian.com.my

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp