Memilih dalam pekerjaan merupakan ‘rewards’ atas segala usaha dan titik peluh mereka sepanjang proses pembelajaran.
Memilih dalam pekerjaan merupakan ‘rewards’ atas segala usaha dan titik peluh mereka sepanjang proses pembelajaran.

Ketidakpadanan pekerjaan: Faktor peningkatan kadar pengangguran lepasan graduan

10 Dec 2024 05:17pm

Masalah pengangguran dalam kalangan graduan lepasan universiti di Malaysia merupakan isu yang semakin membimbangkan.

Meskipun kadar pendidikan tinggi meningkat, peratusan graduan yang menganggur menunjukkan kesukaran mereka untuk menembusi pasaran kerja.

Masalah ini bukanlah baharu dan telah melepasi tahap kritikal. Masyarakat tidak boleh semata-mata hanya menyalahkan graduan-graduan yang lebih memilih kerjaya diimpikan malah perlu melihat kepada keseluruhan usaha mereka yang telah bersusah payah mengikuti sistem pembelajaran sejak awal persekolahan.

Memilih dalam pekerjaan merupakan ‘rewards’ atas segala usaha dan titik peluh mereka sepanjang proses pembelajaran ditambah dengan kos pendidikan yang bukannya murah.

Bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, sebanyak 16 peratus golongan belia lebih memilih demi memastikan pekerjaan yang dimahukan adalah setimpal dengan tahap kelulusan mereka.

Universiti - universiti ketika ini telah menawarkan kepelbagaian pengkhususan jurusan bagi menepati standard dan kualiti pendidikan semasa dan global.

Namun malangnya, negara kita tidak mampu menyediakan peluang pekerjaan dengan berdasarkan bidang-bidang yang diambil oleh para graduan.

Contohnya dalam bidang kejuruteraan aeronautic mekanikal di Malaysia. Jika kita lihat di pasaran berkenaan pekerjaan dalam bidang tersebut masih lagi tidak berkembang dengan baik sejak 20 tahun yang lepas.

Artikel Berkaitan:

Bank Dunia juga turut mengeluarkan kenyataan lebih daripada satu perempat iaitu sebanyak 26.9 peratus pemegang ijazah di Malaysia telah bekerja dalam bidang pekerjaan yang tidak setaraf dengan kelayakan mereka.

Faktor penting yang menentukan kebolehkerjaan seseorang individu ialah tahap pendidikan. Individu yang mempunyai tahap pendidikan tinggi lebih mudah untuk mendapatkan pekerjaan dan pekerjaannya juga berpendapatan lumayan dan terjamin.

Sebaliknya, individu yang berpendidikan rendah sebaliknya lebih sukar untuk mendapatkan pekerjaan dan jika berjaya, pendapatan yang diterima adalah rendah.

No Image Caption

Pekerjaan tidak setaraf dengan kelayakan graduan paling tinggi di Kelantan

Kadar pekerjaan yang tidak setaraf dengan kelayakan lepasan graduan adalah lebih dari 50 peratus pekerja. Kadar ini telah melebihi purata keseluruhan negara iaitu sebanyak 36.9 peratus.

Diikuti juga dengan lepasan graduan dari negeri Terangganu, Pahang dan Perlis yang kekurangan peluang pekerjaan pada masa kini.

Sebaliknya, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Selangor pula kadar pekerjaaan tidak sepadan jauh lebih rendah dan kebanyakkannya daripada pekerjaan berkemahiran tinggi.

Kadar gaji tidak setimpal punca ramai belia memilih dalam pekerjaan

Faktor yang menyebabkan ramai belia menganggur adalah disebabkan oleh gaji yang ditawarkan tidak setimpal dengan kerja yang dilakukan.

Kadar gaji yang diberikan tidak setaraf dan suasana yang tidak kondusif. Hanya 54 peratus siswazah memperolehi pendapatan kurang daripada RM2,000 sebulan.

Kadar gaji permulaan yang ditawarkan terlalu rendah dengan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Perkara ini akan memberikan tekanan kewangan kepada golongan graduan yang dibebani dengan hutang PTPTN yang perlu dibayar sejurus bergraduasi meskipun masih belum pendapat pekerjaan yang tetap.

Graduan telah menghabiskan masa dan kos yang tinggi untuk mendapatkan pendidikan tinggi. Apabila gaji yang ditawarkan tidak mencerminkan usaha mereka, ia mencetuskan rasa tidak berpuas hati dalam kalangan golongan graduan dan penyumbang kepada penghijrahan tenaga kerja mahir Malaysia ke negara maju yang terkenal dengan gaji yang peluang besar dan persekitaraan yang sihat serta positif.

Kadar gaji yang tidak setimpal adalah isu yang memerlukan perhatian serius kerana ia bukan sahaja mempengaruhi belia secara individu tetapi juga menyumbang kepada kelembapan pertumbuhan ekonomi negara.

Gabungan usaha kerajaan, majikan dan institusi pendidikan sangat diperlukan untuk menangani masalah ini. Kebanjiran warga negara asing turut menyumbang kepada peningkatan kadar pengangguran di Malaysia.

No Image Caption

Tidak menghormati budaya setempat

Terdapat kebimbangan kerana banyak peluang pekerjaan dimonopoli oleh pekerja asing kerana keupayaan mereka menerima gaji rendah terutama dalam kalangan pekerja kolar biru.

Sikap sesetengah graduan memilih kerja ini telah menyebakan mereka menghadapi masalah untuk mendapatkan pekerjaan.

Namun sebaliknya, ada sesetengah golongan graduan yang tidak memilih kerja.

Justeru, dalam pada kita memerlukan khidmat mereka, terutama bagi pekerja asing yang masuk ke negara ini secara sah, negara perlu juga membuat pemantauan rapi bagi memastikan ada keseimbangan antara peluang rakyat tempatan dan pekerja asing.

Warga asing monopoli kerja penduduk tempatan

Kadar upah warga asing yang murah dan rendah telah menyebabkan sebahagian besar majikan lebih memilih untuk membuka peluang pekerjaan kepada warga asing berbanding rakyat tempatan.

Sumber Orang Asli berkata, warga asing yang mengendalikan jentera berat misalnya menerima upah dua kali ganda lebih murah berbanding rakyat tempatan.

"Contohnya, pemandu kren warga asing menerima antara RM1,500 hingga RM2,000 sebulan,” katanya kepada portal tempatan.

Atas faktor itu, hampir semua sektor pekerjaan di kawasan tanah tinggi ini dimonopoli warga asing, sekali gus menutup peluang pekerjaan rakyat tempatan, khususnya penduduk setempat

Kesan ketidaksepadanan pekerjaan kepada sektor ekonomi negara

Peningkatan kadar pengangguran yang semakin membimbangkan akan memberikan impak yang besar kepada ekonomi negara termasuklah peningkatan kos sosial, ekonomi dan kewangan negara.

Kerajaan terpaksa menyediakan lebih banyak sumber untuk skim kebajikan seperti bantuan sara hidup, subsidi perumahan atau insentif pencarian kerja kepada masyarakat.

Pengangguran graduan tidak hanya melibatkan kerugian ekonomi tetapi juga kos sosial yang besar. Ia memerlukan tindakan proaktif daripada kerajaan, institusi pendidikan dan sektor swasta untuk memastikan golongan graduan dapat diserap ke dalam pasaran kerja, seterusnya mengurangkan tekanan kepada sistem sosial dan mengelakkan ketidakstabilan yang berpanjangan.

Masalah sosial seperti jenayah, ketidakpuasan politik dan ketidakseimbangan ekonomi juga akan turut menyebabkan kesejahteraan masyarakat terganggu.

Pengangguran jangka panjang boleh menyebabkan individu terdesak untuk memenuhi keperluan asas, meningkatkan kemungkinan mereka terlibat dalam kegiatan jenayah seperti kecurian atau penipuan.

Graduan yang menganggur mungkin kehilangan kepercayaan terhadap sistem kerajaan kerana merasakan mereka tidak diberi peluang yang adil dan ini boleh membawa kepada protes, demonstrasi, atau penurunan sokongan terhadap dasar kerajaan.

No Image Caption

Taraf hidup masyarakat menurun

Peningkatan kadar pengangguran akan menyebabkan penurunan taraf hidup masyarakat. Jika keluaran negara kasar berkurangan, maka pendapatan per kapita akan rendah dan secara tidak langsung taraf hidup masyarakat juga akan rendah.

Pengangguran dalam kalangan ketua keluarga yang berpendapatan rendah akan menyebabkan kadar kemiskinan bandar

Berdasarkan Bahagian Tiga laporan 'Families on the Edge,' pengangguran dalam kalangan ketua keluarga meningkat sekali ganda daripada tujuh peratus pada September 2020 kepada 15 peratus pada Disember lalu manakala satu daripada tiga orang dewasa dalam isi rumah yang mengambil bahagian masih menganggur.

Pengangguran dalam kalangan wanita dan orang kurang upaya (OKU) yang menjadi ketua keluarga juga meningkat masing-masing kepada 13.4 peratus dan 50 peratus.

Pengangguran bukan sahaja memberi kesan kepada individu, tetapi juga menjejaskan taraf hidup masyarakat secara keseluruhan.

Dengan dasar yang tepat dan sokongan strategik, masalah ini boleh diatasi untuk membina masyarakat yang lebih makmur dan sejahtera.

Maklumat Penulis:

1) Mahasiswa Tahun Akhir, Sarjana Muda Pengurusan (Pengajian Polisi) dengan Kepujian, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Nurul Amirah Ullya Zainuddin

2) Pensyarah Kanan Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial, UMT, Jaharudin Padli

Berbakat dalam bidang penulisan? Apa kata anda sumbangkan hasil karya ke e-mel sinarbestari@sinarharian.com.my

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp