Antara tangkap layar daripada ciapan Twitter yang tular susulan isu ketiadaan air.
Antara tangkap layar daripada ciapan Twitter yang tular susulan isu ketiadaan air.

Menghadapi masalah ketiadaan air, rayuan mahasiswa adakan kelas dalam talian tidak diendahkan

AZLEENDA SAHALUDINAZLEENDA SAHALUDIN
12 May 2023 05:21pm

Air adalah salah satu elemen yang sangat penting dalam kehidupan seharian manusia apatah lagi ia berkait rapat dengan isu kebersihan.

Krisis ketiadaaan air boleh menimbulkan beberapa masalah rumit kepada pengguna lebih-lebih lagi mahasiswa universiti yang amat memerlukan sumber berkenaan sama ada untuk mandi atau minum.

Namun dengan wujudnya masalah-masalah melibatkan ketiadaan air ini sedikit sebanyak menganggu emosi dan tekanan dalam menjalani kehidupan seharian khususnya apabila perlu hadir ke kelas.

Baru-baru ini tular di media sosial, kakak kepada seorang mahasiswa universiti tempatan membuat aduan dan menyiarkan di laman sosial miliknya tentang isu ketiadaan air sehingga menyukarkan adiknya dan rakan-rakan lain menghadiri kuliah secara fizikal.

Lebih menyedihkan, mahasiswa berkenaan telah membuat aduan kepada salah seorang pensyarahnya untuk mempertimbangkan kelas secara dalam talian disebabkan gangguan air yang dihadapinya dan tidak dapat membersihkan diri.

Walaupun aduan telah dibuat kerana malu hadir ke kelas tanpa mandi, namun rayuannya tidak diterima oleh pensyarah berkenaan dan ia telah menimbulkan perasaan marah dan geram dalam kalangan warga maya.

Antara tangkap layar daripada ciapan Twitter yang tular susulan isu ketiadaan air.
Antara tangkap layar daripada ciapan Twitter yang tular susulan isu ketiadaan air.

Memetik ciapan berkenaan, pengguna bernama BalqisFazamy memaklumkan, universiti adiknya itu tidak ada bekalan air untuk satu jangka masa yang lama dan cuba untuk mengajukan cadangan mengadakan kelas secara dalam talian kepada pensyarah.

Artikel Berkaitan:

“Walaupun mahasiswa lain turut merayu, tetapi pensyarah berkenaan tidak mahu menerima alasan tersebut dan meminta mereka hadir ke kelas.

“Malah mereka juga perlu hadir seperti biasa meskipun gangguan air di universiti berkenaan berlarutan sehingga akhir semester,” katanya dalam satu ciapan.

Sinar Bestari turut meninjau ruangan komen dan mendapati rata-rata warga maya juga menyatakan rasa ketidakpuasan hati berhubung insiden berkenaan.

Terdapat beberapa mahasiswa yang berpendapat yuran yang dibayar kepada universiti mahal dan tidak sepatutnya isu-isu seperti ketiadaan bekalan air tidak dapat diselesaikan sehingga menyusahkan mahasiswanya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp