Pelajar komunikasi memainkan peranan besar dalam mengkomunikasikan isu kelestarian dalam dan luar universiti.
Pelajar komunikasi memainkan peranan besar dalam mengkomunikasikan isu kelestarian dalam dan luar universiti.

PPK USM anjur Bengkel Komunikasi Kelestarian untuk pelajar komunikasi Malaysia, Thailand

AZLEENDA SAHALUDINAZLEENDA SAHALUDIN
24 Feb 2023 05:06pm

Komunikasi kelestarian hari ini tidak begitu mendapat tumpuan utama lebih-lebih lagi ia masih dianggap sebagai bidang baharu dan kurang mendapat perhatian.

Dalam usaha meningkatkan pengetahuan dan pendidikan dalam bidang berkenaan, Pusat Pengajian Komunikasi (PPK), Universiti Sains Malaysia (USM) telah mengadakan bengkel International Academic Workshop on Sustainability Communication baru-baru ini.

Ia juga dilihat selari dengan kepimpinan USM sebagai universiti lestari di kedudukan pertama Malaysia dan kedudukan keempat di dunia dalam Times Higher Education (THE-GIR) 2022 Global Sustainability Rankings.

Bengkel berkenaan yang diadakan dengan kerjasama Faculty of Communication Arts, Chulalongkorn University (Chula), Thailand, yang memfokuskan kepada pendedahan tentang peranan penting komunikasi kelestarian khususnya dalam kempen penggunaan plastik sekali guna.

Dr Saifudin ketika sesi penyerahan sijil penghargaan kepada penceramah jemputan, Assoc. Profesor Dr Smith Boonchutima.
Dr Saifudin ketika sesi penyerahan sijil penghargaan kepada penceramah jemputan, Assoc. Profesor Dr Smith Boonchutima.

Menurut Timbalan Dekan Akademik, Kerjaya dan Antarabangsa PPK USM, Dr Mohamad Saifudin Mohamad Saleh, bengkel tersebut melibatkan 40 peserta yang terdiri daripada pensyarah, pelajar dan staf pentadbiran dari dua buah negara.

Tambah beliau, dengan penganjuran bengkel ini ia dapat memberi peluang kepada pelajar untuk bertukar perspektif dan pengalaman antara mereka memandangkan semua adalah pelajar komunikasi yang memainkan peranan besar dalam mengkomunikasikan isu kelestarian dalam dan luar universiti.

“Pasca Pandemik Covid-19 telah membolehkan pelajar dan pensyarah dari Malaysia dan Thailand berkumpul dalam satu bengkel berbentuk fizikal bagi bertukar pendapat dan pengalaman dalam bidang komunikasi kelestarian ini.

Artikel Berkaitan:

“Malah penganjuran bengkel ini juga amat bermanfaat untuk memberi pendedahan lebih mendalam selari dengan matlamat Pembangunan Lestari (SDGs) 2030,” ujarnya.

Beliau yang juga merupakan pengelola utama bengkel itu memberitahu, PPK USM merakamkan jutaan terima kasih kepada peserta khususnya delegasi dari Faculty of Communication Arts, Chula yang sudi hadir untuk menyertai bengkel tersebut.

Antara aktiviti menarik yang telah berlangsung sepanjang bengkel ini adalah sesi perkongsian oleh tiga panel dari Malaysia dan Thailand, sesi perbincangan dalam kumpulan, lawatan sekitar kampus dan Pusat Kajian Kelestarian Global USM untuk pencarian maklumat bagi tugasan berkumpulan dan pembentangan pelajar mengenai idea pelaksanaan kempen berkenaan penggunaan plastik sekali guna kepada masyarakat.

Sementara itu, pensyarah Faculty of Communication Arts, Chula, Assistant Profesor Dr Teerada Chongkolrattanaporn turut menyatakan rasa gembira dan keterujaan menyertai bengkel ini yang dilihat sebagai satu peluang baik terutamanya kepada mahasiswa untuk menimba pengetahuan dan memanfaatkan cara inovatif dalam mengkomunikasi kelestarian dengan menggunakan pelbagai perspektif yang berbeza dan unik.

“Saya berharap kerjasama baik antara PPK USM dan Faculty of Communication Arts, Chula akan berterusan pada masa akan datang,” tuturnya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp