Antara MoU UniSZA bersama salah satu agensi di Turkiye.
Antara MoU UniSZA bersama salah satu agensi di Turkiye.

UniSZA jalin kerjasama tiga agensi di Turkiye

18 Mar 2024 12:10pm
A
A
A

Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah meluaskan peluang kerjasama melalui pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) bersama tiga agensi di Turkiye, baru-baru ini.

Agensi berkenaan terdiri dari Universiti Ibn Haldun (IHU), Universiti Istanbul Sabahattin Zaim (IZU) dan Yayasan Belia Turkiye (TUGVA).

Menurut Naib Canselor UniSZA, Profesor Datuk Dr Fadzli Adam, kerjasama antara UniSZA dengan IHU dan IZU bakal melibatkan kajian akademik, pertukaran penuntut dan felo penyelidik.

“Lebih menarik lagi, pertukaran penuntut menerusi Program Erasmus+ akan membuka peluang kepada mereka merasai suasana pembelajaran dan kehidupan di bumi Uthmaniyah.

“Program Erasmus+ ialah program terkenal yang dikelola Kesatuan Eropah (EU) sebagai badan menyalurkan dana kepada mahasiswa dan universiti di serata dunia untuk datang belajar atau latihan industri ke Eropah,” kata Fadzli.

No Image Caption

Ujarnya lagi, program sebegini penting untuk mendedahkan mahasiswa kepada persekitaran baru, mempelajari bahasa asing dan memupuk silang budaya.

Sementara itu, jalinan MoU antara UniSZA dengan TUGVA (badan bukan kerajaan) pula, akan melibatkan pertukaran belia yang merupakan bakal pemimpin masa hadapan.

Artikel Berkaitan:

“Program ini sambungan usaha sama terdahulu sejak 2018 yang telah membawa masuk kumpulan belia Turkiye ke Malaysia sebanyak dua kali.

“Seramai 40 belia menyertai program ini buat kali pertama. Ia berjaya sehingga bilangan belia bertambah kepada 80 orang pada program seterusnya.

No Image Caption

“Insya-ALLAH, dianggarkan lebih banyak penyertaan akan diterima dan saya berharap hubungan antara UniSZA dan Turkiye bertambah kukuh sekali gus bakal melakar pelbagai kejayaan kelak,” ujar Fadli.

Terdahulu, majlis pertukaran MoU di Turkiye disempurnakan Fadzli yang mewakili UniSZA; Presiden IHU, Profesor Dr Atilla Arkan; Rektor IZU, Profesor Dr Ahmed Cevat Acar dan Timbalan Presiden TUGVA, Muhammad Malik Taylan.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok