Peserta bersama wakil guru dan penganjur Kesedaran Kerintangan Antimikrobial selepas berakhirnya program yang berlangsung selama dua hari di SK Bawang.
Peserta bersama wakil guru dan penganjur Kesedaran Kerintangan Antimikrobial selepas berakhirnya program yang berlangsung selama dua hari di SK Bawang.

55 murid sertai program Kesedaran Kerintangan Antimikrobial

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
16 May 2024 11:10am

Kira-kira 55 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Bawang, Tamparuli, Sabah terpilih mengikuti program Kesedaran Kerintangan Antimikrobial di sekolah tersebut baru-baru ini.

Program yang dinamakan Empowering Rural Primary Students Mind Regarding Antimicrobial Resistance (AMR) Control through Interactive Water Sanitation Hygiene (WASH) Educationdianjurkan oleh One Health Student Club (OHSC) Universiti Malaysia Sabah (UMS), Southeast Asian One Health University Network (SEAOHUN) dan Malaysia One Health University Network (MyOHUN).

Penasihat OHSC, Dr Zulkhairul Naim Sidek Ahmad berkata, program bertujuan mempromosikan kesedaran dan pemahaman mengenai konsep One Health serta kesihatan manusia, haiwan dan alam sekitar dalam bidang penyakit kerintangan terhadap antimikrobial.

Jelasnya, program telah diisi dengan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan dan mudah difahami murid-murid.

“Antara yang diketengahkan adalah pertandingan membuat poster Superbug Art Attack, Germ Tag dan Glitter Germyang memberi gambaran mudah kepada peserta berkenaan penularan mikrob dan cara sanitasi yang baik.

“Mereka juga diberi peluang untuk menyaksikan sendiri sampel-sampel bakteria secara terus melalui mikroskop dengan bimbingan fasilitator berpengalaman,” ujarnya.

Murid-murid SK Bawang melakukan salah satu aktiviti Glitter Germ dalam program tersebut.
Murid-murid SK Bawang melakukan salah satu aktiviti Glitter Germ dalam program tersebut.

Sementara itu, Guru Besar SK Bawang, Cikgu Norjaip Daip berkata, isu kerintangan antimikrobial sememangnya harus disemat dan difahami dengan baik oleh murid-murid seawal bangku sekolah lagi.

Artikel Berkaitan:

“Komitmen penuh SK Bawang dalam membantu menjayakan program selama dua hari, menjadi simbolik bahawa kesedaran kerintangan antimikrobial dan sanitasi yang baik perlu disebarkan dan dihayati seluruh komuniti,” tuturnya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan penutupan program berkenaan.

Hadir sama, Penolong Kanan Pentadbiran, Cikgu Georgena Sipan Manson dan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Cikgu Cornee Malek.

Dalam pada itu, wakil murid, Mohamad Razmi Rino berkata, semua peserta begitu seronok mengikuti program tersebut.

“Banyak perkongsian dan ilmu baharu yang dipelajari seperti cara mencuci tangan dan pengambilan ubat antibiotik yang betul.

“Jika berpeluang, saya ingin mengikuti program sebegini lagi pada masa akan datang,” katanya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp