Seorang murid perempuan cedera parah di dahi manakala kakaknya luka di badan selepas terlibat dalam kemalangan langgar lari berhampiran SK Demang Hussin semalam.
Seorang murid perempuan cedera parah di dahi manakala kakaknya luka di badan selepas terlibat dalam kemalangan langgar lari berhampiran SK Demang Hussin semalam.

Dahi murid Tahun 2 'berlubang' akibat kes langgar lari

NORAFIZA JAAFARNORAFIZA JAAFAR
01 May 2025 07:24pm

Seorang murid perempuan Tahun Dua cedera parah di dahi manakala kakaknya luka di badan selepas terlibat dalam kemalangan langgar lari berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Demang Hussin, Bukit Katil, Melaka semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 petang itu, mangsa, Nur Qasyifa Hazlina Mohd Hayider, 8, mengalami kecederaan di muka dan mata sehingga mengakibatkan dahinya 'berlubang'.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, kejadian berlaku ketika Nur Qarinah Hazirah mengambil adiknya pulang dari sekolah di SK Demang Hussin dengan menunggang motosikal jenis Yamaha Ego Solaris.

"Ketika dalam perjalanan menuju ke arah Duyong, selepas melepasi sekolah terbabit, motosikal yang ditunggang mereka telah dilanggar dari belakang oleh sebuah kenderaan yang tidak dapat dikenal pasti.

"Pelanggaran itu mengakibatkan dua beradik tersebut terjatuh dan mengalami kecederaan sebelum dikejarkan ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.

Katanya, laporan polis telah dibuat oleh mangsa dan pihaknya sedang memburu pemandu yang terlibat.

Beliau menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian supaya tampil membantu siasatan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan:

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp