Sebahagian wakil dari Malaysia yang mengikuti ICCGS di Ahmedabad, India, baru-baru ini.
Sebahagian wakil dari Malaysia yang mengikuti ICCGS di Ahmedabad, India, baru-baru ini.

Impak projek luar biasa DFC SK Raja Bahar

ROSHLAWATY MD RAIEH
13 Dec 2023 10:15am
A
A
A

Projek Smart Dustbin yang dibangunkan Pasukan Design for Change (DFC) Sekolah Kebangsaan (SK) Raja Bahar, Kota Bharu, Kelantan dipilih sebagai 10 projek terbaik peringkat kebangsaan pada pertandingan I Can School Challenge 2023.

Menerusi kejayaan berkenaan, ia sekali gus melayakkan Smart Dustbin menyertai Persidangan I Can Children’s Global Summit (ICCGS) di Ahmedabad, India, baru-baru ini.

Ketua Pasukan DFC SK Raja Bahar, Guru Cemerlang Matematik, Cikgu Saifulnizan Che Ismail berkata kepada Sinar Bestari, Smart Dustbin merupakan projek yang menyokong Matlamat Pembangunan Mampan atau Sustainable Development Goals (SDGs) kategori Pembangunan Lestari (SDG4) untuk membantu murid berkeperluan khas (MBK).

“SDG4 Smart Dustbin merupakan salah satu inovasi tong sampah automatik pelbagai fungsi menggunakan papan mikro pengawal arduino di mana ia sesuai digunakan setiap lapisan masyarakat khususnya kepada MBK.

“Projek hasil cetusan idea lima murid dari SK Raja Bahar bertujuan memberikan pendidikan berkualiti inklusif dan saksama serta menggalakkan peluang pembelajaran sepanjang hayat untuk semua.

Cikgu Saifulnizan (tengah) bersama anak-anak didik dari Pasukan DFC.
Cikgu Saifulnizan (tengah) bersama anak-anak didik dari Pasukan DFC.

“Dengan terciptanya Smart Dustbin ini, MBK hanya perlu menggunakan sistem kawalan jarak jauh untuk menggerakkan tong sampah, membuka dan menutup penutup tong sampah serta mempunyai fungsi vakum menyedut habuk,” ujarnya yang menggunakan pendekatan FIDS iaitu Feel, Imagine, Do dan Share semasa menjalankan setiap projek bersama murid-muridnya.

Menurut Cikgu Saifulnizan, ini bukan kali pertama anak-anak didiknya berjaya melakar kejayaan dalam penghasilan projek.

Artikel Berkaitan:

Sebaliknya, projek terdahulu iaitu Save the Earth yang dihasilkan pada tahun 2019 turut berjaya mewakili Malaysia dalam persidangan I Can Children’s Global Summit, Rom, Itali.

Ketika sesi lawatan ke Happy Street Ahmedabad.
Ketika sesi lawatan ke Happy Street Ahmedabad.

Selain itu, projek Education for All yang dibangunkan pada 2020 turut terpilih menyertai persidangan Be the Change Singapore di Singapura.

Seterusnya, pada 2022, Pasukan DFC SK Raja Bahar turut terpilih menyertai persidangan yang sama (Be the Change) menerusi projek Banana Peels & NPK Detector Sensor.

Dalam pada itu, Cikgu Saifulnizan yang merupakan penerima Anugerah Princess Maha Chakri 2023 peringkat antarabangsa berkata, setiap penghasilan projek oleh anak-anak muridnya merupakan suatu proses pembelajaran kepada mereka.

No Image Caption

“Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) memberikan pembelajaran secara konteksual kepada murid-murid kerana ia melibatkan situasi dan keadaan semasa yang sebenar serta dapat mengabungjalinkan dengan beberapa subjek dan disiplin ilmu.

“Menerusi PBP juga, ia memberi peluang kepada murid-murid mengetahui tentang isu-isu global seperti perubahan cuaca, kemiskinan, pendidikan berkualiti, alam sekitar dan sebagainya untuk di masukkan ke dalam projek,” katanya dengan berkongsi berita gembira di mana Pasukan DFC SK Raja Bahar berjaya merangkul lebih 10 pingat emas dalam pertandingan inovasi peringkat kebangsaan dan antarabangsa sejak 2019 hingga kini.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok