Kejayaan pasukan inovasi SK Pasukan Polis Hutan merangkul pingat emas, banggakan warga sekolah dan seluruh rakyat Malaysia. Gambar kecil: Cikgu Farah Aifaa
Kejayaan pasukan inovasi SK Pasukan Polis Hutan merangkul pingat emas, banggakan warga sekolah dan seluruh rakyat Malaysia. Gambar kecil: Cikgu Farah Aifaa

Pasukan inovasi SK Pasukan Polis Hutan raih pingat emas di ICON 2025

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
21 Mar 2025 01:50pm

Pasukan inovasi dari Sekolah Kebangsaan (SK) Pasukan Polis Hutan, Ulu Kinta, Perak merangkul pingat emas dalam Pertandingan Jaringan Komuniti Inovator Muda Peringkat Kebangsaan (ICON 2025) baru-baru ini.

Mereka memenangi anugerah berkenaan menerusi produk Human System Board Kit (kategori sekolah rendah) iaitu inovasi meningkatkan pemahaman murid-murid tentang sistem tubuh manusia.

Menurut Guru Pembimbing, Cikgu Farah Aifaa Mayuni, Human System Board Kit memberikan didik hibur kepada murid-murid dan ia bertujuan membantu mereka memahami sistem tubuh manusia dengan lebih interaktif serta menarik.

"Murid-murid perlu mencari anggota badan manusia dan memadankan dengan fungsi yang betul sehingga buzzer berbunyi menandakan jawapan tepat.

"Dengan cara ini, pembelajaran akan menjadi lebih menarik dan senang diingati,” katanya dengan menambah, pasukan inovasi itu terdiri daripada tiga murid Tahun Enam iaitu Nur Damyia Haziqah Hasbullah, Nur Hana Humaira Rozaimee dan Nur Amna Azzahra Ammar Hazwan.

No Image Caption

Guru Bahasa Inggeris itu berkata lagi, inovasi (Human System Board Kit) yang diketengahkan itu mempunyai nilai komersial di mana ia boleh dipromosikan ke sekolah-sekolah, pusat pengajian tinggi, hospital dan sebagainya yang mempunyai pendidikan perubatan.

Ujarnya, ia membantu sesiapa sahaja untuk mengetahui sistem tubuh manusia dengan cara didik hibur.

Artikel Berkaitan:

Sepanjang proses membangunkan inovasi tersebut, Cikgu Farah Aifaa berkata, para peserta telah membuat ulang kaji mendalam mengenai sistem tubuh manusia meliputi isi kandungan daripada buku teks Tahun 4 hingga Tahun 6,

Dalam masa sama, mereka berpeluang mempelajari lebih banyak maklumat baharu yang tidak terkandung dalam silibus sekolah.

No Image Caption

ICON 2025 ialah sebuah program yang dianjurkan oleh Universiti Malaysia Kelantan (UMK) bertujuan memperkasakan jaringan komuniti pencipta muda di Malaysia.

Program ini menyasarkan penyertaan daripada pelbagai peringkat pendidikan termasuk kategori prauniversiti, sekolah menengah dan sekolah rendah.

Ia telah berlangsung pada 6 Mac hingga 10 Mac 2025 di UMK Kampus Jeli, menyaksikan penyertaan murid-murid dari seluruh negeri dalam usaha mengetengahkan idea kreatif mereka dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Penganjuran ICoN 2025 diharap terus menjadi platform berprestij untuk melahirkan generasi muda yang berfikiran inovatif, berdaya saing dan bersedia menghadapi cabaran masa depan dalam dunia sains serta teknologi.

No Image Caption



No Image Caption

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp