Ir Razali (tengah) bersama para peserta yang bersedia untuk memulakan Larian One Nation Run 2023 peringkat kebangsaan, baru-baru ini.
Ir Razali (tengah) bersama para peserta yang bersedia untuk memulakan Larian One Nation Run 2023 peringkat kebangsaan, baru-baru ini.

Penganjuran Larian One Nation Run 2023 dapat pujian ramai, tahniah!

ROSHLAWATY MD RAIEH
21 Feb 2023 09:19am
A
A
A

Hari ini, pertandingan yang berunsurkan kesihatan seperti larian marathon semakin banyak dianjurkan dalam usaha memberi pendedahan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat.

Bagaimanapun, penganjurannya dalam skala besar bukanlah satu tugas dan perkara mudah kerana ia menuntut komitmen dan kerjasama pelbagai pihak bagi menjayakan pertandingan tersebut.

Begitupun, Sekolah Kebangsaan (SK) Muadzam Jaya yang terletak di Pahang telah membuktikan mereka mampu menganjurkan Larian One Nation Run 2023 peringkat kebangsaan dengan jayanya.

Ini dapat dilihat menerusi penyertaan 580 peserta yang datangnya dari seluruh negara.

Ahli Dewan Undangan Negeri Muadzam Shah, Ir Razali Kasim melahirkan rasa bangga atas keupayaan sebuah sekolah rendah di Muadzam Shah menganjurkan pesta larian peringkat kebangsaan.

“Penyertaan ratusan peserta dalam larian ini menunjukkan kerjasama antara pendidik dan murid-muridnya ‘menjadi’.

“Selain itu, hubungan baik antara SK Muadzam Jaya dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan agensi-agensi kerajaan turut membantu penganjurannya berjalan lancar,” ujar Ir Razali yang juga Exco Hal Ehwal Felda, Koperasi dan Usahawan, Pahang.

Guru Besar SK Muadzam Jaya, Yusmaliza Yusuf juga terharu dengan penyertaan para peserta yang datang dari pelbagai negeri dan peringkat umur.

Artikel Berkaitan:

“Kejayaan ini menjadi azimat buat kami untuk terus menggandakan usaha dalam penganjuran program larian akan datang.

“Terima kasih kepada semua pihak kerana tampil memberikan sokongan tanpa henti. Insya-ALLAH jika ada rezeki, pasti akan bergabung lagi,” ujar Cikgu Yusmaliza.

Larian One Nation Run 2023 yang disertai 580 peserta itu dibahagikan kepada enam kategori iaitu 10 kilometer (km) Lelaki dan Perempuan Dewasa; 10 km Pelajar Lelaki dan Perempuan Sekolah Menengah serta 5 km Murid Lelaki dan Perempuan Sekolah Rendah.

Muhammad Shahnan Sallehuddin yang merupakan juara bagi kategori 10 km Lelaki Dewasa turut memuji trek larian di Muadzam Shah.

“Ini kali pertama saya menyertai acara larian di sini. Memang tidak sangka treknya begitu baik dan sesuai untuk larian jarak jauh.

“Jika diadakan lagi, saya teringin untuk menyertainya walaupun terpaksa datang dari jauh,” beritahu anak muda dari Mersing, Johor, ini.

Selain Muhammad Shahnan, dua lagi peserta iaitu Mohd Amiruddin Amran dan Nazarul Arif Osman telah dinobatkan naib juara dan tempat ketiga bagi kategori yang sama.

Manakala bagi kategori 10 km Perempuan Dewasa pula, tiga pemenang telah berjaya menghabiskan larian iaitu Normahizaitul Aziera Md Ramlan (juara), Nurul Ashikin Mohd Salim (naib juara) dan Rahseni Senin (tempat ketiga).

INFO

Senarai pemenang Larian One Nation Run 2023

Kategori 10 km Lelaki Dewasa

1) Muhammad Shahnan Sallehuddin

2) Mohd Amiruddin Amran

3) Nazarul Arif Osman

Kategori 10 km Perempuan Dewasa

1) Normahizaitul Aziera Md Ramlan

2) Nurul Ashikin Mohd Salim

3) Rahseni Senin

Kategori 10 km Lelaki Sekolah Menengah

1) Hafi Zikry Mazarul Arif

2) Muhammad Azfar Mohd Azmi

3) Muhammad Zaim Addin M Ali

Kategori 10 km Perempuan Sekolah Menengah

1) Leena Wong

2) Hairunnur Batrisyia Umairah Rosdi

3) Nur Nasrin Nasuha Ronnie Shazlan

Kategori 5 km Lelaki Sekolah Rendah

1) Muhammad Aqasha Danial Mohd Kerulriza

2) Muhammad Irhan Wan M Shahruddin Effendy

3) Saiful Nazrin Rosli

Kategori 5 km Perempuan Sekolah Rendah

1) Ariana Zulkifefli

2) Sofia Elenna Abd Razak

3) Aedelea Gabrielle Fernadez

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok