Dengan pemasangan ini, perkhidmatan internet yang disediakan akan memberi manfaat kepada lebih 400 orang pengguna. Kredit foto: Facebook Wan Rosdy bin Wan Ismail
Dengan pemasangan ini, perkhidmatan internet yang disediakan akan memberi manfaat kepada lebih 400 orang pengguna. Kredit foto: Facebook Wan Rosdy bin Wan Ismail

SK Titom lokasi pertama terima perkhidmatan internet Starlink

13 Oct 2023 02:36pm
A
A
A

Sekolah Kebangsaan (SK) Titom, Lipis, Pahang menjadi lokasi pertama di Pahang menerima kemudahan perkhidmatan internet Starlink selepas dipilih oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, perkhidmatan internet Starlink ini menggunakan teknologi satelit orbit rendah dengan menawarkan kelajuan internet yang lebih laju dan stabil.

"Pemasangan ini telah dilaksanakan SKMM pada Selasa lalu, selepas sesi tinjauan dan penilaian kesesuaian lokasi dijalankan termasuklah ujian kelajuan internet yang mencatatkan kelajuan antara 80Mbps ke 100Mbps dengan kawasan liputan dalam lingkungan radius 100 meter.

"Dengan pemasangan ini, perkhidmatan internet yang disediakan akan memberi manfaat kepada lebih 400 orang pengguna, bukan hanya pelajar tetapi juga penduduk berhampiran yang terdiri daripada masyarakat Orang Asli di Pos Titom," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Artikel Berkaitan:

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok