Murid-murid SK Dato’ Wan Kemara tidak melepaskan peluang bergambar bersama Spiderbusker pada Ahad.
Murid-murid SK Dato’ Wan Kemara tidak melepaskan peluang bergambar bersama Spiderbusker pada Ahad.

'Spider Buskers' ceriakan murid Tahun Satu SK Dato' Wan Kemara

NURUL HIDAYAH HAMIDNURUL HIDAYAH HAMID
17 Feb 2025 10:12am

Kehadiran watak adiwira Spiderman mencuri tumpuan lebih 1,400 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Dato’ Wan Kemara di hari pertama sesi persekolahan di Kedah pada Ahad.

Dalam tempoh hampir satu jam, individu memakai topeng adiwira terbabit terus menghiburkan murid-murid sekolah dengan pelbagai aktiviti menarik termasuklah persembahan busking.

Guru Penyelaras, Zulkifli Ismail berkata, individu dikenali 'Spider Buskers' dijemput untuk menghiburkan dan menceriakan murid sekolah khususnya Tahun Satu yang memulakan sesi persekolahan.

"Guru Besar, Mohd Nizam Saidin yang memberi idea ini demi mencipta keunikan dan menceriakan murid SK Dato' Wan Kemara khususnya Tahun Satu.

"Kami memilih 'Spider Buskers' sebab beliau dikenali ramai sekali gus berharap ia menggembirakan murid dan ibu bapa yang hadir," katanya ketika ditemui di pekarangan SK Dato’ Wan Kemara, Changlun.

Zulkifli memaklumkan, seramai 217 murid Tahun Satu yang memasuki alam persekolahan baharu.

Beliau menambah, pihak sekolah membuat persediaan bermula 6.45 pagi menyambut murid dan busking bermula antara jam 7 hingga 7.45 pagi.

"Ini juga salah satu daripada fun learning untuk mereka. Alhamdulillah, mereka teruja dan gembira," katanya.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, pemilik maskot yang hanya dikenali sebagai Roy, 35, berkata, dia sudah menjadi 'Spider Buskers' selama dua tahun dan ini merupakan kali pertama dia melakukan busking di sekolah.

"Ia satu pengalaman baharu menghiburkan murid dan paling menarik mereka bila ternampak saya tadi jadi teruja," katanya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp